*Perutusan Eid Fitr Aqsa Syarif*

*Sambutan Hari Raya sangat besar maknanya di Bumi Palestin*

*Assalamualaikum wrt bth*

*Taqaballahu minna waminkum.*

Sempena kedatangan 1 shawal ini Pengerusi, ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah
Aqsa Syarif Bhd, warga kerja dan seluruh aktivis di seluruh pelusuk tanah
air mengucapkan *‘Taqaballahu Minna Wa Minkum’ *kepada seluruh umat Islam di
Malaysia.

Aqsa Syarif ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima
kaseh kepada seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia atas sokongan yang padu
kepada semua kempen yang dijalankan oleh Aqsa Syarif untuk membantu rakyat
Palestin di dalam perjuangan yang penuh baroqah dan sentiasa memperoleh *
nusrah* (pertolongan) dari Allah SWT.

Kita yang baru sahaja menyambut kepulangan misi Aqsa2Gaza2 (Misi Aqsa Syarif
ke Gaza untuk siri ke 2) pada 28 Ogos (bersempena 28 Ramadhan) amat
bersyukur kepada Allah SWT kerana telah memudahkan segala urusan penyerahan
sumbangan rakyat Malaysia sejumlah RM1.5 juta kepada rakyat Palestin di
Gaza. Sumbangan yang disalurkan ini akan memperkasa rakyat Palestin dari
sudut kebajikan, sosioekonomi, pendidikan dan kesihatan. Kita juga amat
bersyukur kerana Allah SWT telah memelihara anggota misi yang dipimpin oleh
Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar di sepanjang waktu mereka bertugas memastikan
setiap sen dari sumbangan rakyat Malaysia sampai ke sasarannya dengan
selamat. Mereka telah kembali dengan selamat di pangkuan keluarga yang telah
merelakan pemergian mereka melaksanakan amanah yang cukup berat itu. Maka
sekalung penghargaan untuk seluruh anggota keluarga, sahabat-handai, rakan
taulan dan seluruh rakyat Malaysia yang telah mendoakan keselamatan mereka
dan kejayaan misi ini. Tidaklah ada yang lebih menggembirakan rakyat
Palestin daripada pesan-pesan ukhuwah dan kasih saying yang dititipkan oleh
rakyat Malaysia kepada saudara-saudaranya di Palestin, melebihi dari bantuan
yang diserahkan kepada mereka. Sesungguhnya yang mereka paling hargai ialah
kunjungan misi A2G2 yang mewakili seluruh rakyat Malaysia yang prihatin
dengan perjuangan membela tanah suci dan Masjid al-Aqsa. Sebagaimana yang
disampaikan oleh salah seorang anggota misi A2G2, rakyat Palestin
menyampaikan pesan supaya umat Islam di Malaysia ditenteramkan dengan apa
yang berlaku di Gaza dan Palestin*.  Ini adalah satu bukti bahawa mereka
bukanlah satu bangsa yang menagih simpati atau bergantung kepada ehsan
dunia, sebaliknya mereka adalah bangsa yang diberikan amanah untuk menjaga
kepentingan umat Islam dan tanah suci mereka. Mereka yang diserang dan
dizalimi pula yang mengharapkan agar kita di Malaysia dan di seluruh dunia
Islam merasa aman dan tenteram kerana mereka sekali-kali tidak akan
mengkhianati amanah yang dipikulkan ke atas pundak mereka untuk
mempertahankan tanah suci dan masjid al-Aqsa. Jelaslah kepada kita bahawa
yang memerlukan bantuan dan dokongan agar kita tetap tsabat (teguh) di atas
jalan juang ini ialah kita. Kita yang sebenarnya memerlukan bantuan dan
sokongan dari rakyat Palestin. Kita yang sebenarnya yang berada dalam
keadaan bahaya dan rakyat Palestinlah yang melindungi kita. Kita yang
sebenarnya menagih simpati dari mereka sedang bagi mereka cukuplah Allah dan
RasulNya*. Keyakinan mereka tentang hakikat perjuangan ini tidak pernah
goyah seperti yang disebut oleh Nabi SAW di dalam hadisnya.

 Rasulullah SAW bersabda berhubung dengan penduduk tanah suci al-Quds,
“Mereka dan isteri-isteri mereka, anak-anak dan hamba sahaya mereka berada
dalam ribat (kubu) di jalan Allah”


Al-Tabarani.

Masjid al-Aqsa pasti akan dibebaskan. Sama ada umat Islam peduli atau tidak
tentang keadaan masjid al-Aqsa yang terkepung pada hari ini. Hakikatnya
mereka yang berjihad untuk melindungi dan mempertahankan tanah suci akan
dimuliakan oleh Allah dan mereka akan dijanjikan kemenangan. Sedang mereka
yang tidak mengambil bahagian di dalam jihad yang merupakan kewajipan setiap
umat Islam ini pastilah akan rugi dengan kerugian yang tak mungkin dapat
ditaksir di dunia dan di akhirat. Semuga Allah membuka hati kita dan memilih
kita untuk berada di dalam saf umat Islam yang berjihad untuk membebaskan
masjid al-Aqsa.

Muawiyah bin Abu Sufyan menyampaikan Rasulullah SAW bersabda, “Aka ada di
kalangan umatku yang akan terus berada di atas jalan kebenaran. Tiada
sesiapa yang menentang mereka dapat menyakiti mereka sehingga tiba hari
kiamat”, Para sahabat bertanya, “Di mana mereka ya Rasulullah?” Rasulullah
SAW jawab, “Mereka berada di baitul Maqdis dan di sekitar Baitul Maqdis.”

Pada 1 Shawal nanti akan bergema takbir Eid diserata pelusuk dunia seperti
berikut

*ALlah Maha Besar, ALlah Maha Besar, ALlah Maha Besar!*

*ALlah Maha Besar dengan penuh kebesaran, *

*Segala pujian bagi ALlah sebanyak-banyaknya*

*Dan Maha Suci ALlah pagi-pagi dan petang-petang,*



*Tiada tuhan (yang disembah) melainkan ALlah*

*dan tidak kami sembah melainkan kepada-Nya*

*Memperikhlaskan buat-Nya agama ini*

*walaupun dibenci orang-orang kafir.*



*Tiada tuhan (yang disembah) melainkan ALlah yang tunggal***

*Benar janji-Nya***

*dan Ia menolong hamba-Nya***

*dan Ia memberikan kekuatan kepada tentera-Nya ***

*dan Ia mengusir (tentera-tentera kuffar) al-Ahzab bersendirian.***



*Tiada tuhan (yang disembah) melainkan ALlah dan ALlah Maha Besar*

*ALlah Maha Besar dan hanya bagi-Nyalah puji-pujian.*



 Pastinya takbir yang syahdu ini disambut dengan air mata kesyukuran dan
kemenangan oleh umat Islam di Palestin. Takbir Eid adalah lambang kepada
kekuatan yang dimiliki oleh rakyat Palestin yang bersumberkan kepada
kekuatan yang dibekalkan oleh Allah SWT. Allah SWT akan mengalahkan
musuh-musuhNya bersendirian, Maha Suci Allah yang akan membantu
hamba-hambanya dan akan memberi kekuatan kepada tentera-tenteranya di
Al-Quds.

Semuga Allah memenangkan umat ini dalam jihadnya mempertahankan tanah suci
al-quds dan membebaskan Masjid al-Aqsa.


‘*Memperkasa Ummah,*

*Membebaskan al-Aqsa*

*
*

*Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor*

*Pengerusi Aqsa Syarif Bhd*

*1 Shawal 1432H*

Kirim email ke