Kisah balu dan waris anggota keselamatan yang tidak mendapat pembelaan 
sewajarnya bukan perkara baru. Mungkin ramai lagi yang mengalami nasib yang 
sama seperti nenek Janainah Ngah Kassim seperti di bawah ini. Sudah-sudahlah 
menjadi juara membela rakyat umpama tin kosong. Pergilah cari bekas anggota 
keselamatan dan keluarga mereka yang hidup merempat, kudung kaki, kudung tangan.

BALU ANGGOTA POLIS TUNTUT TUNGGAKAN PENCEN 12 TAHUN

KLANG 8 Sept. 2011 - Pengorbanan anggota polis yang terlibat dalam memerangi 
pengganas komunis pada zaman darurat tidak perlu diragui oleh mana-mana pihak 
dan waris mereka juga perlu mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Balu kepada seorang anggota polis, Janainah Ngah Kassim, 80, yang suaminya 
Allahyarham Kamaruddin Awang Kechik yang pernah berkhidmat pada zaman darurat 
memohon supaya dipertimbangkan tuntutan bayaran pencen suaminya yang tidak 
diterima sejak arwah meninggal dunia pada 1968.

Anaknya, Muhamad Anuar Kamaruddin, 50, berkata, ibunya pernah menyatakan dia 
kecewa kerana pencen arwah suaminya itu hanya diterima mulai 1980 dengan 
bayaran RM103 sebulan sebelum dinaikkan kepada RM375 beberapa tahun lalu.

Menurut Muhamad Anuar, bapanya yang merupakan anggota Konstabel Khas (SC) di 
antara 1948 dan 1951 sebelum meneruskan perkhidmatan dalam pasukan polis 
meninggal dunia akibat sakit jantung semasa berkhidmat di Pulau Pinang.

"Kami pernah menuntut semula pencen bapa yang tidak pernah diterima ibu selama 
12 tahun kepada pihak bertanggungjawab di Putrajaya beberapa tahun lalu, namun 
sehingga kini tiada sebarang jawapan.

"Bagi pihak ibu, saya amat berharap kadar bayaran pencen arwah bapa saya dapat 
dinaikkan sehingga RM700 sebulan memandangkan tahap kesihatan ibu yang sedang 
uzur," katanya kepada wartawan di kediamannya di Kampung Delek Baru di sini, 
semalam.

Kata beliau, ibunya kini tidak berdaya lagi menguruskan diri sendiri kerana 
tidak mampu berjalan akibat sakit sendi dan terpaksa memakai lampin pakai buang.

Bagaimanapun, Muhamad Anuar berkata, pada 2004, ibunya pernah menerima wang 
sagu hati khas sebanyak RM1,000 daripada kerajaan sebagai mengenang jasa dan 
pengorbanan bekas anggota polis yang pernah berjuang menentang komunis.

"Pada 1997, saya telah membawa ibu ke sini dari kampung halaman kami di Sungai 
Siput, Perak kerana mahu menguruskan segala keperluan dan makan minumnya selain 
membeli ubat-ubatan," ujarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0909&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_07.htm
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscribe@yahoogroups.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    islah-net-dig...@yahoogroups.com 
    islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke