Apa nak jadi segenlitir polis di Malaysia ini, kerana nila beberapa titik habis 
susu satu kolam. Sebelum ini kisah polis jadi samseng jalanan, tembak orang 
awam. Juga kisah cerita pegawai SPRM jadi penyamun, pegawai Polis jadi pengedar 
dadah, anggota Tentera jadi perompak.
 
Kini kisah polis tak boleh ditegur kerana buang sampah.
 
Apabila menteri-menteri kita sibuk berpolitik, mereka sudah hilang kawalan 
terhadap kementerian mereka masing-masing.
 
Kisah Polis jadi samseng jalanan, tembak orang awam di 
http://amkns.blogspot.com/2011/09/polis-jadi-samseng-jalanan-tembak-orang.html
 
Cerita pegawai SPRM jadi penyamun, pegawai Polis jadi pengedar dadah, anggota 
Tentera jadi perompak yang dilaporkan di 
http://amkns.blogspot.com/2011/09/sprm-penyamun-polis-pengedar-dadah.html
 
TEGUR POLIS BUANG SAMPAH, PEKERJA DAKWA DIPUKUL
26 September 2011 
 
Seorang pekerja syarikat pembersihan sisa pepejal mendakwa dipukul oleh anggota 
polis ketika sedang menjalankan tugas di sebuah taman perumahan di Kodiang, 
dekat Jitra, pada 11.30 pagi, Sabtu lalu.
 
Mohd Ridzuan Mohd Noor, 23, berkata ketika kejadian dia sedang mengangkut 
sampah di kawasan itu dan dia menegur seorang lelaki yang tidak membuang sampah 
ke dalam tong sampah yang disediakan di situ.
 
"Saya hanya menegur supaya dia buang sampah ke dalam tong sampah. Mungkin dia 
tidak puas hati dengan teguran saya dan dia terus tinggikan suara dan masa tu 
berlaku pertengkaran mulut.
 
"Dia juga mengugut nak tembak saya kalau dia ada pistol sebelum dia beredar 
dari tempat itu," katanya ketika ditemui pemberita di Jitra hari ini.
 
Katanya, kira-kira 30 minit selepas kejadian pertengkaran mulut berlaku, dia 
didatangi lima lelaki lain yang datang dan memukulnya tanpa sebab.
 
"Depa (mereka) menendang saya hingga jatuh. Kemudian depa heret saya dengan 
tangan bergari bawa saya ke Balai Polis Kodiang dengan menaiki motosikal. 
Sampai di balai, saya dibawa masuk ke dalam sebuah bilik dan dipukul.
 
"Kemudian lelaki yang bertengkar dengan saya datang ke bilik itu dan turut 
memukul saya sebelum saya dibawa masuk ke dalam lokap tanpa sebab. Masa tu baru 
saya tau dia (lelaki yang bertengkar dengannya) adalah anggota polis," kata 
mangsa.
 
Dia berkata, dia ditahan di dalam lokap kira-kira setengah jam sebelum anggota 
polis tersebut melepaskannya.
 
"Selepas kejadian itu, saya pergi ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan 
dan doktor memberitahu pipi kiri, bahu dan tulang rusuk kiri ada kesan lebam. 
Saya juga membuat laporan polis tentang kejadian itu di Ibu Pejabat Polis 
Daerah Kubang Pasu," katanya.
 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Ibrahim Mohamad Yusof 
ketika dihubungi berkata, beliau menerima laporan tentang kejadian itu.
 
"Kita sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu dan siasatan sedang 
dijalankan," katanya. 
 
- Bernama
 
http://malaysiakini.com/news/176888


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscribe@yahoogroups.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    islah-net-dig...@yahoogroups.com 
    islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Reply via email to