September 29, 2011 SHAH ALAM -  Universiti Teknologi Mara (UiTM) meminta 
pelajarnya terutama mereka yang bakal melangsungkan konvokesyen bulan depan 
agar bertemu dengan pengurusan pusat pengajian tinggi itu bagi menyelesaikan 
isu saman, yang sesetengah mendakwa mencecah RM5,000.
 
Beliau berkata demikian ketika ditanya rungutan pelajarnya, yang disebarkan 
menerusi laman sosial Facebook dan Twitter sejak minggu lalu, mendakwa 
kemungkinan tidak dapat menyertai konvokesyen jika gagal melunaskan saman yang 
jumlahnya dikatakan tidak munasabah.
 
Ada di antara pelajar terbabit mendakwa mempunyai saman sehingga RM5,000, yang 
terkumpul sepanjang tempoh pengajian mereka di universiti itu.
 
Misalnya, seorang pelajar Roha Abdul Halim, 23, menganggap saman diterimanya 
seakan tidak relevan kerana jumlahnya terlalu tinggi.
 
“Saya ni belum lagi bekerja dan disaman sebanyak ini, mustahil saya mampu untuk 
membayarnya,” katanya.
 
Dia yang mempunyai saman RM3,000 hanya mengetahuinya setelah dia menyemak 
portal universiti itu yang dibuka 19 September lalu.
 
“Kami hanya diberi tempoh sehingga 30 September untuk menjelaskan saman, 
mustahil saya dapat membayarnya dalam tempoh tersebut... mungkin saya tidak 
hadir konvokesyen saya yang dijadualkan pada Oktober nanti,” ujarnya lagi.
 
“Ada rakan-rakan saya yang cuba bayar sebelum 19 September, tapi pihak 
keselamatan menyuruh mereka menyemak saman mereka dahulu, kemudian baru membuat 
pembayaran. Keadaan ini menyukarkan kami... bila semakan dibuat, jumlah yang 
tertera amat mengejutkan,” katanya lagi.
 
Sependapat dengan Roha, seorang lagi pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai 
Farid Zainuddin, 23, juga menganggap saman seolah-olah satu tekanan dan bebanan 
ke atas pelajar.
 
“Saya sendiri disaman RM1,800. Jumlah ini, pada saya amat besar kerana belum 
ada pendapatan tetap.” katanya.
 
“Selain itu, saya juga pelik kenapa baru sekarang peraturan mandatori satu 
jenis saman dikenakan RM100. Sedangkan sebelum ini tidak ada pun undang-undang 
seperti ini,” tambah Farid.
 
Sumber : 
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/isu-saman-uitm-sedia-bantu-bakal-graduan-sebelum-konvo/
 
PELAJAR UITM BERARAK PROTES - SERAH MEMORANDUM BANTAH KERAS CADANGAN MENTERI 
BESAR SELANGOR
 
LEBIH daripada 5,000 pelajar UiTM mengadakan perarakan aman ke Bangunan Sultan 
Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di Shah Alam, semalam bagi menghantar 
memorandum bantahan kepada Menteri Besar Selangor. 
 
Kumpulan pelajar itu yang sebahagian besarnya memakai kemeja-T berwarna hitam 
mula berkumpul di Dataran Shah Alam pada pukul 9 pagi sebelum berarak sambil 
memegang sepanduk menuju ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini. 
 
Sebaik tiba di luar pagar utama bangunan SUK yang menempatkan pejabat Abdul 
Khalid, mereka berdemonstrasi selama sejam. 
 
Di samping menyanyikan lagu rasmi UiTM, mereka turut mengangkat sepanduk, 
antaranya bertulis ‘Jangan rampas hak kami’ dan ‘Selamatkan UiTM’.
 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0813&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscribe@yahoogroups.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    islah-net-dig...@yahoogroups.com 
    islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke