Kempen Pilihanraya Parlimen Rembau semasa PRU ke 12 adalah yang terburuk, 
terganas dalam sejarah Pilihanraya Umum di Negeri Sembilan. Pada 6 Mac 2008 
sebuah papan iklan kempen pilihanraya PKR Rembau yang memaparkan gambar Anwar 
Ibrahim telah dibakar yang terletak di jalan utama Senawang - Pilah berhadapan 
Hypermarket Giant dan Taman Rasa Sayang.
 
Begitu banyak papan iklan, kain rentang yang lesap yang di pasang sekitar 
Parlimen Rembau iaitu di DUN Paroi, DUN Chembong, DUN Rantau dan DUN Kota.
 
Untuk mengenang kembali nostalgia keganasan kempen PRU ke 12 dan gambar 
sepanduk besar gambar Anwar Ibrahim yang dibakar sila ke pautan berikut 
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2008/03/sepanduk-gambar-anwar-dibakar-di-rembau.html
 
Begitu banyak janji manis umpama menanam tebu di tepi bibir yang ditaburkan 
semasa kempen PRU-12. 
 
Yang masih pengundi Rembau hingga ke saat ini ialah pembinaan Hospital Rembau 
dimana acara perletakan batu asasnya dilakukan dengan besar-besaran pada 7 Mac 
2008, tetapi kini setelah lebih 3 tahun , hingga ke saat ini 1 Oktober 2011, 
batu asas Hospital Rembau hanya tinggal batu asas. Tak percaya sila ke pautan 
berikut 
http://amkns.blogspot.com/2011/02/siapa-yang-menjanjikan-hospital-kepada.html
 
Bukan setakat Hospital Rembau dijanjikan, malahan Landasan Terbang turut 
dijanjikan di Batu Hampar , Rembau. Tapi hingga ke saat ini, bayang-bayang 
Landasan Terbang pun belum lagi kelihatan. Tak percaya juga, fitnah ke? Tak 
percaya sila baca laporan pada pautan berikut 
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2011/05/melayu-mudah-lupa.html
 
Tunggu kejap. Ada lagi yang dijanjikan kepada orang Rembau, iaitu kampus UiTM 
akan didirikan di Rembau. Fitnah lagi ke ni? Pembohong ke PAS dan PKR di Rembau 
ni? Tak percaya lagi? Baca laporan berikut di 
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2011/06/siapa-yang-janji-nak-bina-uitm-di.html
 
Tak lama lagi PRU-13, kita tunggu lah saja apa pula yang akan dijanjikan kepada 
pengundi Rembau selepas ini serta buatlah penilaian sendiri siapa yang suka 
menabur bermacam janji tetapi tidak ditunaikan, siapa yang pembohong, siapa 
yang suka memfitnah.


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscribe@yahoogroups.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    islah-net-dig...@yahoogroups.com 
    islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke