Bayangkanlah betapa baiknya kerajaan BN ni, sampaikan kalau ada anak jutawan 
atau bilionwan yang berada di sekolah rendah atau menengah akan diberi RM100 
setiap pelajar. Tapi ada syarat, iaitu terpulang kepada ibu bapa dan penjaga 
samada hendak menerima atau tidak mengikut kemampuan masing-masing. Apa punya 
syaratlah macam ni.
 
Kenapa susah sangat nak letak syarat had pendapatan ibu bapa, letaklah RM 
10,000 ke, RM 20,000 ke. 
 
Sepatutnya dah bagi, ambil sajalah. Terpulanglah kepada ibu bapa dan penjaga 
nak masuk dalam tabung masjid ke, tabung surau ke, tabung parti ke, tabung PIBG 
ke, tabung KWAPM ke, nak beli top up ke, nak beli pizza ke, beli kasut sekolah 
ke.
 
Nampak sangat Bajet 2012 yang dibentangkan oleh PM separuh masak atau mungkin 
terlebih masak.
 
Kalau tak takkan jadi macam bawah ni, Rumah Siap, Pahat Berbunyi
 
Selasa Oktober 11, 2011 
Ibu Bapa Diberi Pilihan Terima Atau Tolak Bantuan RM100 
GEORGE TOWN: Kementerian Pelajaran memberi pilihan kepada ibu bapa sama ada 
untuk menerima atau menolak bantuan RM100 untuk pelajar seperti yang diumumkan 
dalam pembentangan Belanjawan 2012, Jumaat lepas.
 
"SAYA BERPENDAPAT BAHAWA PELAJAR DARI KELUARGA YANG BERPENDAPATAN TINGGI TIDAK 
PERLU MENGAMBIL BANTUAN TERSEBUT JIKA TIDAK MEMERLUKANNYA KERANA TUMPUAN 
SEHARUSNYA DIBERIKAN KEPADA PELAJAR DARIPADA KALANGAN KELUARGA BERPENDAPATAN 
RENDAH.
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/10/11/mstar_berita/20111011163423&sec=mstar_berita
 
Selasa Oktober 11, 2011 MYT 6:51:01 PM 
Bantuan RM100 Pelajar Sekolah Diagih Disember 
 
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran dijangka menyalurkan bantuan persekolahan 
sebanyak RM100 bagi pelajar sekolah rendah dan menengah Disember depan bagi 
membantu meringankan beban ibu bapa membuat persiapan persekolahan bagi sesi 
2012.
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/10/11/mstar_berita/20111011184704&sec=mstar_berita
 
BAJET 2012
Bantuan persekolahan 100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan 
menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara. Memandangkan 
bantuan ini disasarkan kepada keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana, 
atas dasar kebertanggungjawaban sosial, terpulanglah kepada budi bicara penjaga 
atau ibu bapa yang berkemampuan untuk menerima atau tidak. Di atas semuanya, 
langkah ini dijangka dapat meringankan beban perbelanjaan persekolahan. Bantuan 
ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 5.3 juta pelajar dan melibatkan 
peruntukan 530 juta ringgit. Bantuan ini juga akan dilaksanakan melalui akaun 
Bank Simpanan Nasional
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UcapanBelanjawan2012/Article


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscribe@yahoogroups.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    islah-net-dig...@yahoogroups.com 
    islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke