Pengundi di DUN lain di Negeri Sembilan ini juga di seluruh Malaysia, perlulah 
mencontohi majoriti pengundi di DUN Paroi. Apabila DUN Paroi diwakili oleh PAS 
sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, pemimpin Umno pun buka mata. Kawasan ladang 
yang bertahun-tahun wakil rakyat BN sebelum ini jadi wakilnya, dapat saja ke 
PAS terus dapat lampu jalan dan macam-macam kemudahan lain, nak tawan baliklah 
katakan. 
 
Kenali wakil rakyat DUN Paroi di blog beliau di http://mohdtaufek.blogspot.com
 
Sinar Harian 12 Okt 2011 
 
SUNGAI GADUT - Kerajaan Negeri yang diterajui Barisan Nasional (BN) berjaya 
menunaikan janji kepada pengundi di sekitar kawasan ini pada Pilihan Raya Umum 
(PRU) ke-12 lalu. 
 
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, hampir semua permintaan orang 
ramai berhubung penyediaan kemudahan awam dan infrastruktur telah dilaksanakan. 
 
“Sebagai contoh, jika dulu kawasan Ladang Kombok di sini gelap pada waktu 
malam, kini sudah terang benderang setelah lampu jalan dipasang. 
 
“Banyak kemudahan awam dan infrastruktur lain turut dinaik taraf untuk 
keselesaan orang ramai di sini,” katanya pada majlis bersama rakyat di padang 
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Kombok, di sini, baru-baru ini. 
 
Pada majlis sama, Mohamad menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Persatuan 
Kebajikan India Kombok dan bantuan lain kepada seramai 54 warga emas serta 12 
ibu tunggal. 
 
Sehubungan itu menurutnya, pengundi seharusnya melahirkan penghargaan mereka 
dengan mengundi BN pada PRU ke-13 nanti. 
 
Kata Mohamad, sokongan padu rakyat akan membantu BN untuk menawan semula kerusi 
Dun Paroi dan Dun Senawang yang pada masa ini disandang wakil rakyat 
pembangkang. 
 
Dalam pada itu, beliau berkata, Kerajaan Negeri tidak pernah meminggirkan kaum 
India terutamanya dalam aspek pendidikan, ekonomi dan sosial. 
 
“Banyak peruntukan telah disalurkan untuk memajukan kaum India. Sehubungan itu, 
kaum India sewajarnya meneruskan sokongan terhadap BN agar kebajikan mereka 
terus dibela,” katanya.
 
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9627682.asp


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscribe@yahoogroups.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    islah-net-dig...@yahoogroups.com 
    islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Reply via email to