Kesian orang Melayu di Kampung Belading Baru, Johor Lama, dah 2 tahun jambatan 
roboh belum diganti. Untung lagi orang India di Ladang Kombok di DUN Paroi , 
N.Sembilan. ADUN Johor Lama dari UMNO YB Asiah, manakala ADUN Paroi dari PAS YB 
Taufek. 15 Oktober 2011 Muhyiddin Yasin turun Paroi , melawat surau, melawat 
flet, malamnya rakyat di DUN Paroi dijamu dalam Majlis Makan Malam 
besar-besaran bersama TPM.
 
Tak percaya? Baca artikel Bandingkan India di Paroi (PAS), Melayu di Palong 
(UMNO) di 
http://amkns.blogspot.com/2011/10/bandingkan-india-di-paroi-pas-melayu-di.html 
 
Penduduk Kampung Belading Baru masih tunggu jambatan
Berita Harian 14 Okt 2011 
 
KOTA TINGGI: Penantian hampir dua tahun penduduk Kampung Belading Baru, Johor 
Lama, dekat sini, untuk menggunakan jambatan baru sebagai jalan alternatif ke 
Teluk Sengat dan sekolah berhampiran masih tidak menjadi kenyataan. 
 
Jambatan yang sedia ada sebelum ini, roboh kira-kira dua tahun lalu dipercayai 
kesan daripada projek naik taraf benteng sungai yang dilakukan berhampiran 
kawasan jambatan terbabit. 
 
Tinjauan ke kawasan terbabit mendapati masih wujud kesan struktur kayu daripada 
jambatan lama yang sudah roboh, namun tiada sebarang kerja pembaikan atau 
membina jambatan baru seperti dijanjikan sebelum ini. 
 
Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli, berkata sejak jambatan 
berkenaan roboh, beliau terpaksa menggunakan jalan utama yang jaraknya 
kira-kira tiga kilometer untuk ke pasar serta menghantar anak ke sekolah di 
Teluk Sengat. 
 
“Sebelum ini jika ada jambatan, jaraknya tidak sampai satu kilometer untuk ke 
pekan Teluk Sengat. Walaupun jambatan itu hanya boleh dilalui pengguna 
motosikal saja, ia memberi kesan kepada penduduk di sini yang majoriti masih 
menggunakan motosikal,” katanya.
 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PendudukKampungBeladingBarumasihtunggujambatan/Article
 
 
Jambatan uzur bimbangkan penduduk
 
KOTA TINGGI 10 Nov. 2009 - Penduduk di Kampung Belading Baru, Telok Sengat di 
sini bimbang terhadap keselamatan pengguna termasuk murid dan pelajar sekolah 
yang terpaksa melalui sebuah jambatan uzur dan menunggu masa untuk roboh di 
sini.
 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1111&pub=utusan_malaysia&sec=Johor&pg=wj_06.htm&arc=hive
 

Kirim email ke