Hancurlah pendidikan negara macam ni. Bajet 2012 bukan main lagi Najib 
berbangga yuran sekolah yang hanya RM24.50 dimansuhkan. Najib lupa yuran PIBG 
ada yang sampai RM300 apa cerita? Yuran PIBG lah selama ini diguna untuk 
membantu sekolah dan guru dalam pelbagai aktiviti akademik dan kokurikulum di 
sekolah sebab peruntukan kerajaan BN yang selalu tak ada, lambat, tak cukup.
 
Akhirnya Menteri dibawah pun kata pelajar miskin wajar dikecuali yuran PIBG. 
Pelajar miskin bermakna mereka dari keluarga pendapatan RM3,000. Yang bekerja 
sendiri lepas ni ramailah yang termasuk dalam kategori miskin sebab tiada rekod 
LHDN.
 
Hancur, hancur sekolah kita. Cikgu cikgi dah mula garu kepala mana nak cari 
duit buat program di sekolah, hari sukan, hari anugerah, hari cemerlang, hari 
sambut menteri dan macam-macam hari lagi. Bukan setakat sambut hari cikgu 
pening kepala, kertas nak cetak soalan peperiksaan pun nampaknya kena keluar 
dari poket cikgu lah lepas ni.
 
Sepatutnya Najib tak payah mansuhkan yuran sekolah. Cuma hadkan yuran PIBG, 
kemudian pastikan semua aktiviti di sekolah ada bajet dari kementerian. Untuk 
ibu bapa pelajar yang tidak mampu bayar yuran sekolah dan yuran PIBG, apa guna 
tabung KWAPM (Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin) yang setiap kakitangan 
kerajaan sekarang ini tolak RM1 secara otomatik setiap bulan ke tabung KWAPM. 
 
MANA PERGI DUIT TABUNG KWAPM?
 
Jangan hancurkan sekolah kita. Biar UMNO BN yang hancur sepatutnya.
 
PELAJAR MISKIN WAJAR DIKECUALI YURAN PIBG 
Berita Harian 
16 Okt 2011 
 
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata keputusan menetapkan 
sejumlah bayaran oleh PIBG kepada ibu bapa pelajar sekolah perlulah dilakukan 
secara muafakat dan mengikut keutamaan. “Bukan mudah untuk menetapkannya 
(bayaran PIBG di sekolah) kerana ada ibu bapa di Kuala Lumpur dan Damansara 
Utama sanggup membayar lebih, jadi susah nak hadkan. 
 
“Bagi saya, biarlah PIBG buat keputusan secara muafakat dengan ahlinya untuk 
menentukan sesuatu yuran tambahan, saya sudah sebut banyak kali supaya tumpukan 
kepada yang utama, jika ibu bapa tak mampu sepatutnya dikecualikan,” katanya 
selepas Majlis Perasmian Smart Remaja di Sekolah Kebangsaan (SK) Berangan 2 di 
sini, semalam.
 
Sebelum ini, akhbar melaporkan PIBG diminta berunding dengan ibu bapa mengenai 
yuran yang mahu dikenakan kepada pelajar bagi mengelak timbul kekeliruan 
berikutan pemansuhan yuran sekolah seperti diumumkan dalam Bajet 2012.
 
Berikutan itu, Kementerian Pelajaran mengeluarkan pekeliling kepada semua 
sekolah supaya setiap keputusan yang mahu dijalankan PIBG mesti mendapat 
persetujuan ibu bapa dan guru besar atau pengetua bagi mengelak berlaku 
sebarang masalah. 
 
Mengulas mengenai peruntukan tambahan RM1 bilion melalui Tabung Khas Pembinaan, 
Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah dalam Bajet 2012, Dr Mohd Puad 
berkata, pihaknya menjangkakan masalah membabitkan bangunan 2,209 sekolah di 
seluruh negara yang rosak teruk dapat diselesaikan tahun depan.
 
“Apabila dapat peruntukan tambahan menerusi tabung yang diumum Perdana Menteri, 
kita yakin boleh selesaikan tahun depan. Kebanyakan sekolah yang mengalami 
masalah berkenaan ialah di Sabah dan Sarawak, oleh itu, kita berharap dapat 
selesaikan secepat mungkin,” katanya. 
 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PelajarmiskinwajardikecualiyuranPIBG/Article
 

Reply via email to