Institusi Islam kita makin canggih, kita ada JAKIM, ada Majlis Agama Negeri, 
ada KAGAT. Di Negeri Sembilan pula tak lama lagi ada Menara MAINS, banyak 
masjid cantik dan bertingkat-tingkat. Kursus perkahwinan pun makin banyak dan 
mantap. Majlis perkahwinan, hantaran dan persandingan pun makin hebat. Tetapi 
di mana silapnya?

Adakah ianya berpunca dari 12 juta orang Melayu yang setiap hari meruntuhkan 
agama Islam itu sendiri seperti yang saya tulis sebelum ini di 
http://waghih.blogspot.com/2011/10/12-juta-melayu-meruntuhkan-agama-islam.html 

77 kes cerai setiap hari
Kosmo 19 Okt 2011 

KUALA LUMPUR – Masalah keruntuhan institusi keluarga Islam di negara ini 
semakin menjadi-jadi apabila rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) 
mendapati, sebanyak 28,035 pasangan bercerai sepanjang tahun lalu.

Statistik itu bermakna, secara purata 77 kes perceraian sehari atau tiga kes 
bagi setiap jam didaftarkan di Malaysia berbanding 135,548 pasangan yang 
berkahwin tahun lalu.

Angka itu mencatatkan peningkatan 144 kes berbanding 27,891 pasangan yang 
bercerai sepanjang tahun 2009.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim ketika 
dihubungi semalam mengakui, sekali pandang jumlah kes perceraian pasangan Islam 
cukup tinggi dan membimbangkan.

Katanya, kebanyakan daripada perceraian itu berlaku selepas pasangan terbabit 
gagal mencapai persefahaman yang sepatutnya wujud di antara suami isteri.

Beliau bagaimanapun berpendapat, walaupun kes perceraian ditegah dalam Islam, 
ada pihak mungkin melihatnya dari perspektif yang berbeza.

“Sekali pandang bilangan kes perceraian memang tinggi tetapi kita juga perlu 
melihatnya daripada sudut lebih positif.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1019&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscribe@yahoogroups.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    islah-net-dig...@yahoogroups.com 
    islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Reply via email to