Apalah malang sungguh nasib pelajar Melayu yang lulus cemerlang di Matrikulasi 
dan Asasi Sains tetapi tidak mendapat tempat di IPTA. Mana pergi jaguh-jaguh 
pembela Melayu di kalangan pemimpin Melayu? Adakah pelajar asing makin ramai 
diterima IPTA kerana mereka boleh beri pulangan lumayan melalui yuran yang 
tinggi?
 
Tolong baca artikel PELAJAR MELAYU TERUS TERTINDAS, PEMIMPIN PULA SIBUK 
BERPOLITIK di 
http://amkns.blogspot.com/2011/09/pelajar-asing-diutamakan-pelajar-melayu.html 
 
Tangani segera masalah lulusan matrikulasi elak lebih ramai tercicir ke IPTA
 
Berita Harian 20 Okt 2011 
 
BERITA eksklusif muka depan akhbar ini kelmarin melaporkan mengenai kehampaan 
pelajar lepasan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran yang gagal mendapat 
tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), walaupun mencapai kelayakan 
yang diperlukan. 
 
Menurut laporan itu, 28 peratus daripada pelajar lepasan matrikulasi yang 
mencapai kelayakan minimum tidak mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke 
IPTA. Ini bermakna hampir 12,000 pelajar yang kebanyakannya daripada aliran 
sains dan sebelum ini mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran 
Malaysia (SPM) berada dalam keadaan terumbang-ambing menantikan nasib 
selanjutnya. Sekilas pandang, masalah ini boleh dilihat sebagai sesuatu yang 
tidak harus berlaku. 
 
Persoalan yang timbul, apakah pihak bertanggungjawab terhadap pengambilan 
pelajar matrikulasi dan pengambilan pelajar ke IPTA tidak terlebih dulu 
menyelaraskan pengambilan pelajar agar tidak timbul soal limpahan pelajar ini.
 
Timbul persoalan kenapa selepas setahun setengah mengikuti pengajian pada 
peringkat matrikulasi, baru pelajar ini mendapati mereka tidak mempunyai tempat 
di IPTA? 
 
Kita yakin kedua-dua kementerian terbabit dalam isu ini, iaitu Kementerian 
Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sudah duduk semeja dan 
membincangkan soal penyelarasan pengambilan masing-masing. Namun pihak terbabit 
tidak pernah menjanjikan setiap pelajar yang lulus akan mendapat tempat untuk 
mengikuti kursus pilihan mereka di IPTA. 
 
Kita juga tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak, tetapi demi masa 
depan pelajar terbabit khususnya Melayu, kedua-dua kementerian wajar menangani 
masalah ini dengan segera bagi mengelak lebih ramai pelajar Melayu tercicir 
peluang meneruskan pengajian ke IPTA. 
 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MindaPengarang_TanganisegeramasalahlulusanmatrikulasielaklebihramaitercicirkeIPTA/Article
 

Kirim email ke