Kalau Najib seorang Perdana Menteri yang berani, cuba buat lawatan mengejut, 
jangan beritahu Menteri Pengangkutan dan jangan ada acara rasmi. Bawa 4-5 orang 
bodyguard cukup. Rasa sendiri betapa peritnya rakyat anda menaiki keretapi di 
Malaysia ini. Macamana nak galakkan rakyat naik perkhidmatan awam untuk 
kurangkan kesesakan lalu lintas, jika mutunya semakin teruk. 
 
Minta Y.A.B Perdana Menteri turun padang ke Komuter KTMB 
Aduan Rakyat 
October 21st, 2011 
 
Saya memohon Y.A.B Perdana Menteri sudi turun padang menjengok dan menilai 
kesulitan & kesusahan  pengguna Komuter KTMB di KL Sentral terutama Laluan Batu 
Caves – Pel. Klang kerana:
 
Perkhidmatan Komuter semakin teruk , tidak cukop komuter, hari -hari rosak, 
tiada aircon , bersesak-sesak waktu puncak ( 6.30am -9.00am) & (4.00pm 
-7.00pm)  , tidak menepati waktu…selalu tertangguh 30min -1 jam. 
 
Pengurusan KTMB yang tidak komited & tidak prihatin setiap aduan pengguna & 
tiada tindakan untuk membaiki servis Komuter terutama laluan Pel.Klang -Batu 
Caves banyak tertangguh, lembab, kepanasan akibat kesesakan & sistem aircon 
tidak berfungsi. 
 
Sudah berminggu  ketibaan Komuter jam 6.30am , 7.00am dibatalkan di Stesen 
Klang menyebabkan pengguna tiba lewat ke pejabat, bersesak -sesak dan berpeloh 
untuk kepejabat waktu puncak pagi. 
 
Sudah berminggu  ketibaan Komuter jam 4.30pm, 5.00pm, 5.30pm, 6.15pm dibatalkan 
di Stesen Bank Negara menyebabkan pengguna tiba lewat ke rumah, bersesak -sesak 
dan berpeloh untuk balik ke rumah. 
 
Alasan pengurusan KTMB paling mudah..adalah kekurangan komuter sebab rosak dan 
tiada spare-part tidak boleh diterima akal dan tidak profesional untuk mengurus 
pengangkutan awam yang diamanahkan oleh Kerajaan Malaysia untuk rakyat. 
 
” RAKYAT DIDAHULUKAN….”
 
By: mat jebat
 
http://www.aduanrakyat.com.my/minta-y-a-b-perdana-menteri-turun-padang-ke-komuter-ktmb
 

Reply via email to