Banyak betul gerai peniaga Melayu diroboh sekarang ini. Di Johor pula tu. Gerai 
Melayu, bukannya gerai Pendatang Asing. Beginilah nasib Melayu ketika ini, di 
Malaysia, di Tanah Melayu di negeri Melayu yang paling kuat memperjuangkan hak 
orang Melayu. Sebelum ini peniaga Melayu di Negeri Sembilan juga mengalami 
nasib yang sama.
 
Kisah gerai peniaga Melayu di Jelebu, Negeri Sembilan dirobohkan di 
http://amkns.blogspot.com/2011/10/kerajaan-bn-roboh-gerai-dan-nak-roboh.html
 
MBJB didakwa roboh gerai tanpa notis
Harian Metro 23 Okt 2011 
 
JOHOR BAHRU: Tindakan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) merobohkan tiga gerai 
di Kampung Melayu Majidee Baru di sini, tanpa notis pemberitahuan mengundang 
rasa tidak puas hati beberapa pemilik gerai terbabit.
 
Lebih mengecewakan apabila pemilik gerai itu mendakwa, MBJB merobohkan gerai 
mereka ketika pelanggan sedang menikmati juadah menyebabkan peniaga kerugian 
ribuan ringgit.
 
Peniaga, Mohd Fuad Jais, 29, berkata, 15 penguat kuasa MBJB datang ke gerainya 
kira-kira pada jam 10.30 pagi dan tanpa berlengah merampas barangan perniagaan 
seterusnya merobohkan gerainya.
 
"Ketika itu, beberapa pelanggan sedang makan di gerai dan saya terkejut apabila 
tanpa sebarang pemberitahuan, kumpulan penguat kuasa itu datang lalu merobohkan 
gerai saya dan dua gerai bersebelahan.
 
"Memang saya hampa dan sedih atas perkara ini kerana gerai makan ini adalah 
sumber mata pencarian saya sekeluarga, kami sudah berniaga di sini hampir 23 
tahun," katanya ketika ditemui di tapak bekas gerainya, semalam.
 
Menurut Mohd Fuad, dia berasa ditindas oleh MBJB kerana tidak menerima notis 
pemberitahuan atau amaran terlebih dulu.
 
Seorang lagi peniaga, Hassan Osman, 52, berkata, tindakan merobohkan gerai 
buah-buahan miliknya yang diusahakan sejak setahun lalu benar-benar 
menghampakan.
 
"Dengan hasil menjual buah-buahan inilah yang saya gunakan untuk menampung 
kehidupan saya sekeluarga.
 
"Kini saya tidak tahu di mana perlu mengadu dan apa yang perlu dilakukan, cuma 
saya berharap ada pihak atau individu yang tampil untuk membantu kami 
menyelesaikan perkara ini," katanya.
 
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MBJBdidakwarobohgeraitanpanotis/Article/index_html

Kirim email ke