Bukan 1 atau 2 bulan rumah terbengkalai di Johor ni. Tapi dah lebih 10 tahun, 
dah 2 kali pilihanraya umum dan dah nak masuk pilihanraya umum yang ke3, pun 
tak siap-siap lagi projek perumahan terbengkalai di Johor Bahru ni. Bukan di 
Johor saja, malahan di seluruh Malaysia , dua kali lima macam ni lah juga. Yang 
digembar-gemburkan PPRT, PR1MA, SPNB. Yang disenyapkan projek perumahan 
terbengkalai.
 
Beberapa laporan projek perumahan terbengkalai di beberapa negeri lain di 
http://terbengkalai.blogspot.com 
 
Rumah terbengkalai 10 tahun
Utusan Malaysia 24 Okt 2011 
 
JOHOR BAHRU 23 Okt. - Kira- kira 100 pembeli rumah Taman Desa Kempas mengadakan 
demonstrasi aman menuntut penjelasan daripada pihak pemaju berhubung projek 
perumahan tersebut yang terbengkalai sejak lebih 10 tahun lalu.
 
Beberapa pembeli mendakwa mereka terpaksa menanggung kerugian termasuk kos 
bayaran rumah sewa dan ansuran pinjaman perumahan kepada pihak bank setiap 
bulan sejak 2003.
 
Salah seorang pembeli, Chan Hwa Nong, 38, berkata, dia membeli sebuah rumah kos 
rendah berharga RM22,000 pada 2000 semasa tawaran pembelian di sebuah pusat 
beli-belah di sini.
 
''Rumah itu sepatutnya siap pada 2003 tapi sampai sekarang tak siap-siap lagi 
dan disebabkan itu saya terpaksa menyewa rumah lain dengan sewa RM350 sebulan.
 
''Saya juga terpaksa membayar ansuran pinjaman perumahan kira-kira RM40 setiap 
bulan pada bank sejak rumah itu dibeli," katanya ketika ditemui di tapak projek 
perumahan tersebut di sini hari ini.
 
Difahamkan, projek pangsapuri Taman Desa Kempas dibangunkan pada 2001 dijual 
pada harga RM22,000 hingga RM100,000 bagi setiap unit. Ia dijadual siap 
sepenuhnya pada 2004 tetapi sehingga hari ini hanya fasa satu dan dua berjaya 
disempurnakan.
 
Seorang suri rumah, Ari Hasni Arifin, 33, dan seorang pegawai keselamatan, R. 
Lingam, 56, turut melahirkan rasa kecewa kerana masih belum dapat mendiami 
rumah idaman mereka biarpun pembayaran ansuran sudah mula dibuat sejak 2001.
 
Kedua-dua mereka masing-masing membeli sebuah pangsapuri berharga RM88,000 dan 
membayar ansuran pinjaman di antara RM350 hingga RM380 setiap bulan. 
 
''Kami kecewa dan kesal. Sudahlah berhabis puluhan ribu ringgit malah terpaksa 
pula membayar sewa rumah yang diduduki sekarang. Kami berharap kerajaan dapat 
mengambil tindakan sewajarnya ," ujarnya lagi.
 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1024&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_16.htm
 

Kirim email ke