Antara beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dalam Laporan Ketua Audit 
Negara Tahun 2010 yang dikeluarkan pada 24 Oktober 2011 untuk Negeri Sembilan 
ialah :
 
1. Kelemahan pengurusan dan kawalan pengeluaran bahan batuan (kuari) oleh 
Pejabat Tanah Seremban dimana berat muatan tidak dicatat pada doket rasmi dan 
penyata pengeluaran bulanan tidak diserahkan.
 
2. Kegagalan Program Pembasmian Kemiskinan (Program Khas) dimana prestasi 7 
daripada 10 projek tidak memuaskan bagi membantu menjana pendapatan untuk 
membasmi kemiskinan.
 
3. Negeri Sembilan tidak mempunyai Hutan Paya Laut bertaraf Hutan Simpan Kekal 
semenjak kali terakhir dikeluarkan pada tahun 2004. Penggantian semula sejumlah 
101.93 hektar di Mukim Jimah masih dalam status semakan Penasihat Undang-undang 
Negeri. Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan perlu mengenal pasti mana-mana 
kawasan berhutan tanah Kerajaan yang lain untuk menggantikan semula Hutan 
Simpan Kekal yang telah dibatalkan. 
 
Untuk ringkasan laporan serta gambar-gambar, sila ke pautan berikut 
http://mohdtaufek.blogspot.com/2011/10/laporan-audit-negara-2010-untuk.html 

Kirim email ke