Para wanita di Malaysia ini saban hari terdedah untuk menjadi mangsa pelbagai 
jenayah dari dalam rumah, tempat kerja, sekolah, internet dan sebagainya. Namun 
usaha menyeluruh dan bersepadu untuk mencegah amat kurang hanya mengharapkan 
kepada pihak polis semata-mata. Filem sibuk dengan cerita hantu, Khutbah Jumaat 
sibuk dengan isu yang amat sukar di faham oleh para jemaah hingga terlentok, 
meleleh air liur.

Sila baca artikel saya sebelum ini, Khutbah Jumaat yang menyebabkan para jemaah 
terlentok, meleleh air liur 1Malaysia di 
http://waghih.blogspot.com/2011/03/khutbah-jumaat-perlu-tekan-sakit-mental.html 

KERANI HILANG SELEPAS KE BANK
Utusan Malaysia 30 Okt 2011 

SUNGAI PETANI 29 Okt. - Seorang kerani wanita sebuah syarikat di Sungai Lalang 
hilang sejak 17 hari lalu selepas ke sebuah bank untuk mengeluarkan wang atas 
arahan majikan, menyebabkan keluarganya kini dalam kebimbangan.

Nor Fazilah Rohani, 24, anak ketiga daripada empat beradik, dipercayai hilang 
pada 11 Oktober lalu, selepas diberi kepercayaan oleh majikannya untuk 
mengeluarkan wang berjumlah RM3,000 bagi membayar bil elektrik.

Bapanya, Rohani Abdullah, 56, berkata, dia mengetahui kehilangan itu pada 
petang hari kejadian setelah dimaklumkan majikan Nor Fazilah kerana anaknya 
tidak pulang semula ke pejabat.

"Fazilah baru tiga bulan bekerja di syarikat itu dan pada hari kejadian, dia 
diberi kepercayaan menggunakan kenderaan syarikat bagi mengeluarkan wang 
berkenaan untuk melunaskan bil elektrik, sementara baki wang perlu dibawa 
pulang.

"Bagaimanapun, sehingga lewat petang, Fazilah masih tidak pulang ke pejabat 
menyebabkan majikannya terus datang ke rumah kami untuk memberitahu tentang 
kejadian tersebut," katanya di rumahnya di sini.

Ahli keluarga dan rakan-rakan turut mencarinya di merata tempat, namun hanya 
menjumpai kereta syarikat yang digunakan Nor Fazilah di sebuah pasar raya 
berdekatan bank pada pukul 3 pagi keesokannya.

Rohani berkata, laporan polis mengenai kehilangan Nor Fazilah dibuat selain 
mencari dengan inisiatif sendiri.

"Kami turut mengedarkan gambar Fazilah di merata-rata tempat di seluruh Sungai 
Petani dan Bedong, sehingga pencariannya juga sudah sampai ke Pulau Pinang 
serta Bukit Kayu Hitam," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup anaknya itu dikatakan 
keluar dari bank berkenaan pada 3.35 petang selepas mengeluarkan wang dan 
membayar bil elektrik pada 4.06 petang.

"Pada hari kejadian, Fazilah juga dikatakan menghubungi seorang abangnya pada 
3.55 petang bagi memaklumkan tentang masalah kenderaan peribadi yang sedang 
dibaiki di Ipoh akibat terlibat dalam kemalangan September lalu," katanya.

Sementara itu, ibu mangsa, Rahmah Nayan, 50, berkata, hubungannya dengan Nor 
Fazilah sangat rapat memandangkan dia merupakan anak tunggal perempuan dalam 
keluarga.

Katanya, sebelum kejadian, Nor Fazilah tidak pernah menunjukkan kelakuan pelik 
malah sentiasa ceria seperti biasa dan hubungan dengan adik-beradik lain juga 
berjalan lancar.

"Andaian pihak tertentu yang kata kehilangan tersebut dirancang Fazilah sendiri 
adalah sesuatu tidak berasas sebab dia tidak membawa wang simpanannya selain 
barang berharga miliknya tidak diusik," katanya.

Dia merayu kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang anaknya itu, atau 
mengambilnya, supaya menghantar Nor Fazilah pulang dengan segera ke Kampung 
Kongsi Enam, Sungai Lalang, 08100, Bedong atau menghubungi talian 012-5541142 
atau polis. - BERNAMA


WANITA RISAU KESELAMATAN ANAK ANGKAT
Utusan Malaysia 30 Okt 2011 

BALING 29 Okt. - Seorang pengusaha kantin bimbang dengan keselamatan anak 
angkat perempuannya berusia 21 tahun yang hilang sejak lima hari lalu.

Sharifah Abdul Syukor, 46, berkata, Nurul Adiba Ahmad yang bekerja dengannya di 
kantin Sekolah Kebangsaan Asam Jawa di sini tidak pulang ke premis itu selepas 
keluar membeli barang-barang untuk perniagaan kira-kira pukul 3.30 petang, 
Isnin lalu.

Menurut Sharipah yang berasal dari Kampung Tersusun Grik, Nurul Adiba atau 
lebih dikenali sebagai Kak Yong tidak pulang semula ke kantin selepas keluar 
membeli barang di kedai runcit di hadapan sekolah berkenaan.

Sharifah yang enggan wajahnya dirakam berkata, pada hari itu gadis berkenaan 
memakai seluar berwarna coklat gelap dan baju berwarna merah jambu.

Wanita itu bimbang jika anak gadisnya diculik kerana sejak bekerja dengannya, 
Nurul Adiba tidak mempunyai sebarang masalah.

"Saya tak tahu ke mana Kak Yong pergi. Saya risau dia diculik. Selain itu, Kak 
Yong juga tidak mempunyai sebarang masalah keluarga," katanya.

Tambahnya, sepanjang tinggal dengannya, gadis itu tidak pernah mendatangkan 
masalah atau pernah bertengkar dengan ahli keluarganya.

Katanya, tiga hari lalu dia ada menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada 
telefon gadis itu, namun cubaan menghubunginya gagal.

"Selepas dapat SMS itu saya terus menghubunginya, namun telefon itu ditutup. 
Saya cuba berkali-kali, namun tidak berhasil," ujarnya sedih.

Katanya, dalam SMS itu gadis itu berpesan supaya tidak bimbang dengan 
keadaannya.

"Saya risau sekiranya yang hantar mesej itu bukannya Kak Yong, tetapi orang 
lain yang menggunakan telefon bimbitnya," katanya.

Sharifah membuat laporan polis berhubung kehilangan anak angkatnya pada hari 
gadis itu tidak pulang ke rumah.




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscribe@yahoogroups.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    islah-net-dig...@yahoogroups.com 
    islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke