Pada 19 Feb 2012 yang lalu Presiden PAS, YB Tuan Guru Dato Seri Hj Abd Hadi 
Awang telah berucap dalam satu ceramah di Kg Batu, Rembau. Tertarik dengan 
ceramah Dato Seri kali ini kerana agak berlainan dari yang sebelumnya. Dato 
Seri menceritakan mengenai sejarah Rembau dan kaitannya dengan kerajaan Islam 
Melaka pada ketika itu.

Agak terperinci ulasan serta kupasan yang diberikan oleh Dato Seri pada malam 
tersebut. Secara ringkasnya kedatangan orang Islam Minangkabau dari Sumatera ke 
Rembau adalah untuk membantu kerajaan Islam Melaka menghadapi serangan tentera 
penceroboh, iaitu tentera Portugis pada ketika itu. Dengan nada bersahaja atau 
berseloroh Dato Seri berkata orang Minangkabau datang dari jauh bukan untuk 
tanam kelapa.

Memang sebelum ini saya ada membaca artikel mengenai tentera serta pahlawan 
dari Rembau yang banyak membantu kerajaan Melaka dari serangan tentera Portugis 
dan selepas itu serangan dari Belanda. Tapi tidak terdapat tulisan yang 
memperkukuhkan pendapat ini. Buku teks sekolah rendah dan menengah, tak perlu 
cakaplah, memang tak ada disebut peranan orang Rembau membantu mempertahankan 
kerajaan Islam Melaka.

Akan tetapi akhbar The Straits Times Singapore bertarikh 18 November 1933 
(betul 1933) ada menyebut mengenai kekuatan kerajaan Rembau ketika itu.

Akhbar tersebut menyebut : “By both the Portuguese and the Dutch, the State of 
Rembau was regarded as the principal power in the Malacca hinterland, and both 
had many a battle with the “rebellious Menangkabowes” The grave of a Portuguese 
soldier killed in one of these skirmishes is a boundary mark between Malacca 
and Tampin to this day”.

Maksud petikan akhbar di atas : “Portugis dan Belanda menyatakan bahawa negeri 
Rembau (negeri , bukan daerah) adalah merupakan kuasa utama untuk bahagian 
pedalaman Melaka, dan kedua-dua pihak (Portugis dan Belanda) telah kerap kali 
bertempur dengan “pemberontak Minangkabau ini”. Kubur seorang askar Portugis 
yang terbunuh dalam salah satu pertempuran tersebut telah dijadikan tanda 
sempadan antara Melaka dan Tampin hingga ke hari ini.

Bangsa yang kuat, ialah bangsa yang belajar dari sejarah.

Boleh lihat petikan akhbar The Straits Times Singapore tersebut di 
http://waghih.blogspot.com/2012/02/presiden-pas-kata-mereka-datang-bukan.html 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscribe@yahoogroups.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    islah-net-dig...@yahoogroups.com 
    islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke