Kita biasa mendengar pantun berikut. Tapi sebenarnya pantun ini bukanlah pantun 
orang bercinta, ianya ialah pantun bagaimana bangsa Cina atau kaum Cina yang 
menetap di tanah Jawa datang membantu mempertahankan kerajaan Islam Melaka 
ketika Portugis menyerang Melaka ;

Kalau roboh kota Melaka
Papan di Jawa saya dirikan
Kalau sungguh bagai di kata
Badan dan nyawa saya berikan

Ya , bukan orang Melayu sahaja yang mempertahankan Melaka dari serangan 
Portugis , malah kaum Cina di Melaka pada ketika itu, serta dibantu oleh kaum 
Cina dari tanah Jawa juga dari tanah besar China. 

Pemerintah China dari Dinasti Ming telah mengadakan hubungan dagang yang akrab 
dengan Melaka sebelum kedatangan Portugis. Pemerintah China Dinasti Ming amat 
marah apabila Portugis menyerang Melaka. Sebagai tindakbalas Maharaja China , 
apabila tentera Portugis tiba di China , mereka telah diserang, dibunuh dan 
dipenjara.

Pedagang China telah memboikot urusan dagang dengan Portugis di Melaka. 
Sementara itu orang Cina dari tanah Jawa telah datang membantu orang Melayu 
untuk menawan kembali Melaka dari Portugis.

Semasa kecil saya sering tertanya-tanya kenapa masjid-masjid lama di Rembau ini 
banyak bercirikan seni bina dari negara China. Kemudian ada pula nama tempat 
Lubuk China di Rembau. Kemudian saya tertanya lagi apa tujuan nenek moyang saya 
dari istana Pagaruyung di Sumatera datang ke Rembau, berkahwin dengan orang 
Asli. Kemudian tertanya lagi kenapa banyak batu nisan Acheh di Rembau ini. 

Rupa-rupanya semua ini ada kaitan dengan sejarah mempertahankan kerajaan Islam 
Melaka pada ketika itu.

Kerajaan Uthmaniah di Turki telah menghantar perwakilan, tentera, meriam 
canggih, jurutera untuk membantu kerajaan Acheh di bawah Sultan Alauddin 
Riwayat Shah untuk menghalau Portugis dari Nusantara. 

Dari Sumatera inilah orang Acheh, orang Minangkabau masuk melalui Sungai 
Linggi, seterusnya ke Sungai Rembau, Sungai Penajeh di satu arah dan Sungai 
Ujong di arah yang lain untuk bertapak, mengumpul kekuatan bersama orang 
Melayu, orang Asli, kaum Cina untuk menyusun strategi menawan kembali Melaka. 

Lagi satu bab mengenai perang antara pahlawan Melayu dengan tentera penceroboh 
Portugis. Tolong buang dalam minda kita, minda anak-anak kita, bahawa pahlawan 
Melayu kita berperang menggunakan keris dan tombak melawan tentera penceroboh 
Portugis yang bersenjatakan senapang dan meriam. 

Sebenarnya tentera Islam kerajaan Melaka menggunakan senapang dan meriam yang 
canggih untuk mempertahankan kota Melaka. Serangan awal Portugis , mereka kalah 
kerana dibedil teruk oleh meriam tentera Melaka. 

Akhirnya Portugis terpaksa menukar strategi dan tipu helah untuk menawan 
Melaka. 

Apabila Melaka ditawan, anak Afonso d'Alboquerque; menyebut dalam jurnalnya 
bahawa senapang dan meriam tentera Melaka jauh lebih hebat dari senjata yang 
dihasilkan oleh Portugis. 

Agak-agaknya lah kan , ada tak pihak nak buat filem Pertempuran Kota Melaka 
sepertimana pertempuran Bukit Kepong yang saban hari disiarkan dalam tv? 

Kalau tak mampu buat filem, buat siri animasi pun sudah cukup. Agar rakyat 
Malaysia tahu, bahawa semangat 1Malaysia telah lama wujud di Tanah Melayu 
apabila orang Melayu dan orang Cina bersama mempertahankan kerajaan Islam 
Melaka bersama orang Asli, orang Minangkabau, orang Acheh, orang Jawa.

Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com 

Sumber : 
http://en.wikipedia.org/wiki/Capture_of_Malacca_(1511) 
http://en.wikipedia.org/wiki/Ottoman_expedition_to_Aceh 
http://www.scribd.com/doc/25099528/Aceh-Ottoman-Relations 
http://asianmil.typepad.com/stage3/2009/05/the-ottoman-military-academy-in-aceh.html
 
http://ms.wikipedia.org/wiki/Empayar_Uthmaniyyah 
http://apaajanews.blogspot.com/2012/01/rentaka-melayu.html 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscribe@yahoogroups.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    islah-net-dig...@yahoogroups.com 
    islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke