Dimana silapnya sehingga lebih 50 peratus lepasan graduan kejururawatan di 
Malaysia ini tidak mendapat pekerjaan di bidang berkaitan? Para graduan ini 
ramai yang menganggung hutang pinjaman PTPTN sehingga RM60,000. Kenapa 
Kementerian Kesihatan tidak mengurangkan kuota pengambilan pelatih untuk kolej 
kejururawatan atau memberi gambaran sebenar lambakan graduan kejururawatan di 
pasaran?
 
*************
Graduan kolej jururawat menganggur
 
SAYA bekas pelajar Diploma Kejururawatan institusi pengajian tinggi swasta 
(IPTS) di Pantai Timur. Masalahnya, sudah setahun lebih saya dan rakan 
menganggur.
 
Sebelum ini, kami difahamkan negara memerlukan lebih ramai jururawat untuk 
ditempatkan di hospital. Sehingga kini masih ramai bekas pelajar jururawat IPTS 
menganggur. Persoalannya, adakah jawatan jururawat sudah mencukupi? Kalau masih 
ada kekosongan, mengapa ramai belum diambil bekerja? Dengan lambakan kolej 
swasta yang menawarkan kursus kejururawatan, kami seolah-olah dipinggirkan. 
Adakah pihak berkenaan mengkaji kuota pelajar jururawat yang semakin bertambah?
 
Kami juga kesal kerana kolej kami tidak membantu dan hanya ingin mengaut 
keuntungan. Ada yang menerima surat menyatakan mereka perlu menjelaskan 
pinjaman sedangkan kami belum bekerja.
 
GRADUAN KECEWA,
Kuala Terengganu.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Graduankolejjururawatmenganggur/Article
 
 
Jeyakumar : Kementerian Kesihatan mesti bertanggung-jawab
By Aliran, on 1 December 2011
 
Berikut ialah intervensi Dr Jeyakumar Devaraj dalam perbahasan Bajet 
Kementerian Kesihatan pada 16 November 2011.
 
Saya diberitahu melalui jawapan bertulis pada 3 November 2011 bahawa pada takat 
ini wujudnya 41000 penuntut kursus kejururawatan di 61 buah kolej swasta. Hari 
ini saya baru menerima jawapan daripada Kementerian bahawa pada masa ini ada 
seramai 69110 orang jururawat terlatih yang sedang berkhidmat di Malaysia – 
47992 di sektor awam dan 21118 di sektor swasta.
 
Saya ingin tanya, manakah 41000 penuntut kejururawatan yang masih di kolej pada 
takat ini akan mendapat kerja. Jawapan pada saya bertarikh 14 November 2011 
dinyatakan bahawa hanya 45.5 peratus daripada graduan kejururawatan yang lulus 
peperiksaan Lembaga Jururawat pada tahun 2010 dapat cari kerja! YB Menteri, 
pasaran untuk jururawat telah dibanjiri. It is flooded. Mengapakah Kementerian 
tidak mengurangkan kuota untuk kolej-kolej kejururawatan?
 
http://aliran.com/7249.html 
 
Thousands of private college nursing grads jobless — Jeyakumar Devaraj
January 14, 2012
 
The Higher Education Ministry’s failure to control the greed of private nursing 
colleges has established a situation in which thousands of their graduates are 
jobless. And yet, these graduates are burdened with PTPTN loans of as much as 
RM50,000 to RM60,000.
 
http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/thousands-of-private-college-nursing-grads-jobless-jeyakumar-devaraj/
 
 
Penipuan di kolej Jururawat
 
Difahamkan, 61 buah IPTS telah diberi izin oleh Kementerian Pengajian Tinggi 
untuk mengadakan kursus kejururawatan dan lebih daripada 41,000 penuntut 
kejururawatan yang sedang belajar dalam IPTS-IPTS ini. Pada tahun 2010, 7665 
graduan kejururawatan daripada IPTS telah mengambil peperiksaan Lembaga 
Jururawat. Hanya 70.1% daripada bilangan ini yang lulus peperiksaan tersebut 
berbanding kadar kelulusan setinggi 98.4% di kalangan calon kejururawatan yang 
belajar di Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini jelas menunjukkan bahawa kualiti 
pendidikan di beberapa kolej kejururawatan swasta tidak memuaskan. Hanya 42.7% 
daripada pelajar kejururawatan yang graduat pada tahun 2010 berjaya dapat kerja 
di hospital dan klinik.
 
http://psmsemenyih.blogspot.com/2011/12/penipuan-di-kolej-jururawat.html 

Kirim email ke