Ini baru penjawat awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan. Bagaimana 
dengan pengawal keselamatan, pekerja kilang, kerani, tukang cuci, penghantar 
surat dan sebagainya. Di Seremban sahaja ketika ini harga rumah melambung 
tinggi. Rumah teres 1 tingkat dengan 3 bilik paling kurang pun harganya sekitar 
RM160,000.00
 
Ramai penjawat awam tidak mampu miliki rumah, kata Cuepacs
28 Mei, 2012 
 
Setiausaha Kewangan Cuepacs, Jaapar Mansor berkata fenomena itu akan berterusan 
jika kerajaan tidak mengambil langkah tertentu.
 
MACHANG:  Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendapati 
kira-kira 60 peratus penjawat awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan, 
terutama di Lembah Klang, tidak mampu memiliki rumah sendiri.
 
Setiausaha Kewangan Cuepacs, Jaapar Mansor berkata fenomena itu akan berterusan 
jika kerajaan tidak mengambil langkah tertentu, termasuk mengurangkan kadar 
faedah pinjaman dan menaikkan gaji kakitangan awam terbabit.
 
“Kadar faedah pinjaman perumahan empat peratus yang dikenakan institusi 
kewangan ke atas penjawat awam pada masa ini wajar diturunkan kepada 1 
peratus,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.
 
Beliau tidak menolak kemungkinan penjawat awam yang berpendapatan di bawah 
RM3,000 sebulan hanya mampu menyewa atau memiliki rumah kos rendah bertaraf 
Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
 
Jaapar yang juga Pengerusi Cuepacs Selangor berkata, saranan supaya kerajaan 
menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan itu adalah antara tuntutan yang 
pernah dikemukakan kongres itu kepada kerajaan sebelum ini.
 
“Walaupun ia bukan merupakan tuntutan utama Cuepacs, namun ia akan terus 
diperjuangkan oleh penjawat awam melalui kongres itu,” katanya .
 
Kongres itu juga sedang melancarkan gerakan mengesan penjawat awam yang belum 
memiliki rumah di seluruh negara untuk dijadikan garis panduan untuk tindakan 
yang akan diambil demi kebajikan anggotanya.
 
Sementara itu, beliau berkata Cuepacs mahu kerajaan mempercepatkan cadangan 
penubuhan Suruhanjaya Mengkaji Skim Gaji dan Elaun Penjawat Awam seperti yang 
diumumkan Perdana Menteri 8 Mac lepas.
 
Kongres juga akan terus mengadakan gerakan penerangan kepada anggotanya ke 
seluruh negara mengenai peluang yang dinikmati mereka melalui penambahbaikan 
Skim Saraan Baru (SSB).
 
-Bernama
 
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/05/27/ramai-penjawat-awam-tidak-mampu-miliki-rumah-kata-cuepacs/
 
 
Ramai penjawat awam tak mampu beli rumah
 
MACHANG - Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendapati, 
kira-kira 60 peratus penjawat awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan, 
terutamanya di Lembah Klang tidak mampu memiliki rumah sendiri.
 
Setiausaha Kewangan Cuepacs, Jaapar Mansor berkata, fenomena itu akan 
berterusan jika kerajaan tidak mengambil langkah tertentu, termasuk 
mengurangkan kadar faedah pinjaman dan menaikkan gaji kakitangan awam terbabit.
 
"Kadar faedah pinjaman perumahan empat peratus yang dikenakan institusi 
kewangan ke atas penjawat awam pada masa ini wajar diturunkan kepada satu 
peratus," katanya kepada Bernama di sini semalam.
 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0528&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm
 

Kirim email ke