Laporan akhbar menyatakan tiga suspek yang meletupkan ATM di Bank Rakyat, 
Masjid Tanah adalah merupakan anggota pasukan beruniform. Jika benar, ini 
sesuatu yang membimbangkan kita semua. Adakah bahan letupan yang digunakan hak 
milik kerajaan, jika ya, dari jenis apa, C4, TNT, Gelatin, H6, PBXN, RDX, 
Carbide atau Mercun Bola?
 
Tiga suspek bom ATM ditahan
 
MELAKA 15 Ogos 2012 - Tiga suspek yang disyaki terlibat dalam kes rompakan 
sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) menggunakan bom buatan sendiri di 
cawangan Bank Rakyat, Masjid Tanah tiga hari lalu ditahan polis.
 
Kesemua mereka yang dipercayai anggota pasukan beruniform ditahan dalam tempoh 
kurang daripada 48 jam selepas kejadian itu.
 
Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, suspek utama yang berusia 24 
tahun dan perancang kes ini ditahan pukul 1 pagi di sebuah premis kelmarin.
 
"Suspek kedua berusia 23 tahun yang merupakan rakan sekerjanya ditahan polis 
pada hari yang sama kira-kira pukul 5 petang juga di negeri ini.
 
"Suspek ketiga yang juga berusia 23 tahun ditahan di Pasir Puteh, Kelantan pada 
pukul 2.45 pagi semalam," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis 
Kontinjen negeri hari ini.
 
http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20120816/je_02/Tiga-suspek-bom-ATM-ditahan
 
 
Tiga penjawat awam berusia 23 dan 24 tahun ditahan bagi membantu siasatan 
berhubung kejadian letupan bom di Bank Rakyat cawangan Masjid Tanah, Ahad lalu.
 
Siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek yang mengenali antara satu sama lain 
dan bertugas di Melaka mengaku melakukan letupan itu untuk mendapatkan wang 
daripada mesin ATM berkenaan, katanya.
 
Dalam kejadian itu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bank berkenaan 
menunjukkan seorang lelaki yang memakai topi keledar bertutup dan jaket 
berwarna biru memasang sesuatu pada sebuah daripada dua mesin ATM di premis itu 
pada pukul 3.23 pagi.
 
Bom dipercayai buatan sendiri itu meletup pada pukul 3.34 pagi. Ia hanya 
merosakkan bahagian luar mesin ATM dan gagal memecahkan peti simpanan wang 
mesin itu.
 
Suspek yang gagal mendapatkan duit daripada mesin ATM itu kemudian melarikan 
diri menggunakan motosikal.
 
http://www.sinarharian.com.my/semasa/letup-atm-3-suspek-sah-penjawat-awam-1.76961
 
 
He said initial investigations revealed that the civil servants decided to blow 
up the ATM because they were facing financial problems.
 
“We are now zooming in on how they obtained the explosives. We are also 
tracking down another accomplice,” he said.
 
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/8/16/nation/11865150&sec=nation#1345078309866122&if_height=580
 

Kirim email ke