Saya diberitahu ada masjid di
N.Sembilan ini wang simpanannya sampai RM500,000 namun masjid
tersebut seolah-olah lesu tiada program, terutama untuk para remaja
semasa cuti sekolah. RM 0.5 juta banyak tu, dah tak ada sangat ke
anak kariah yang memerlukan wang di masjid tersebut? Jangan saya
sebutkan nama masjid tersebut, nanti buat malu orang Negeri Sembilan
saja. Apakah sekadar seronok tengok tiap bulan penyata bank berapa
ada keuntungan?

Ibu bapa di bawah ini ada kalanya
terpaksa ikat perut sampai 2 minggu untuk memastikan anak-anak mereka
dapat makan untuk mengalas perut ala kadar. Semua pihak harus
memainkan peranan, dari pemerintah hinggalah rakyat jelata, terutama
sanak saudara, jiran tetangga, rakan taulan, masjid setempat dan
seterusnya. Jangan marah sehinggakan jiran mereka keluarga Kristian
pula yang simpati menghubungi pihak akhbar mendedahkan kedaifan
mereka. 

Menang sorak, bangsa sendiri kebuluran
!

Couple with six children skip meals
every month when funds are low
17 Nov 2012 

KUALA LUMPUR: An empty stomach is
something Siti Nor Aisah Wagiman is familiar with when funds are low
at the end of every month.
The 34-year-old mother of six said she
and her husband would sometimes skip meals so their children would
have enough to eat.
“This can go as long as two weeks
whenever we do not have enough money to buy essentials like rice,”
she said in an interview at Razak Mansion, Jalan Besi, where she
lives in a one-bedroom flat.
Siti Nor Aisah, who works as a security
guard, said she was the main breadwinner of the family and earned
RM1,200 a month.
“The rent alone for our apartment is
RM400 a month,” she said. “There is little left to buy food and
necessities.”
She claimed that her husband suffered
from haemorrhoids which made him unable to hold down a permanent job.
As Siti Nor Aisah has to be at work
from 7am to 7pm, five of her children are being looked after by her
mother-in-law while the eldest, a 14-year-old girl, is taken care of
by her father.
“She is physically disabled. Her arms
are deformed,” said Siti Nor Aisah. “When she was in primary
school, she had monetary aid from the Welfare Department but this
stopped for the past two years now. We don't know why,” she said.
Mother-in-law Siti Rubiah Abdul Razak,
59, who lives nearby in another one-room unit, said her grandchildren
would go around the neighbourhood collecting boxes, tins and bottles
to be sold for money.
“They would pass me the money and ask
me to buy vegetables for them,” she said, adding that they could
get about RM3 to RM5 a day.
A neighbour, George Fernandez, who
contacted The Star to highlight the family's plight, said he
sympathised with the family.
“They are so hungry that on certain
days, the children would come to my house for food,” he said.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/11/17/nation/12334478&sec=nation
 

Penjual burger perlu RM35,00 bedah
jantung anak
16 Nov 2012

JEMPOL: Seorang ibu beranak enam di
Felda Lui Selatan, di sini, runsing apabila anak bongsunya berusia
empat bulan terpaksa menjalani pembedahan jantung dengan kos
pembedahan dianggarkan sebanyak RM35,000 dan merayu bantuan daripada
orang ramai.

Fazrina Mohd Said Rajakumaran, 34,
berkata, anaknya, Zaquan Harith Mikhail Zaidi bakal menjalani empat
pembedahan kerana disahkan mempunyai jantung berlubang, empat hari
selepas dilahirkan.

Menurutnya, pembedahan pertama Zaquan
akan dilakukan Januari tahun depan disusuli tiga lagi pembedahan pada
masa berikutnya yang ditentukan kemudian.

“Doktor menasihatkan sebelum
pembedahan dijalankan, Zaquan harus menambah berat badan sehingga
tujuh kilogram. Pihak hospital ada memberikan makanan tambahan
seperti vitamin untuk tujuan itu.

“Zaquan kini kerap menangis dan tidak
boleh terlalu sejuk, sebagai ibu saya amat sedih melihatnya yang
kelihatan kebiruan.

“Dalam keadaannya sekarang, saya
bimbang kerana tiada kenderaan untuk ke Hospital Tuanku Ampuan
Najihah (HTAN) Kuala Pilah tempat dia dirawat,” katanya ketika
ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Dia juga terpaksa bekerja keras mencari
wang harian untuk menampung kos perbelanjaan ke hospital bagi rawatan
anaknya itu kerana suaminya kini dipenjara.

“Pendapatan saya sehari dengan
berniaga burger di depan rumah tidak seberapa. Wang itulah saya
belanja setiap hari untuk keperluan harian dan perubatan Zaquan.

“Saya ada memohon Jabatan Kebajikan
Masyarakat untuk membesarkan perniagaan, tetapi memerlukan kertas
kerja sebelum permohonan diluluskan.

“Disebabkan itu saya terpaksa mencari
alternatif supaya tiada perkara buruk berlaku pada anak akibat saya
tiada wang,” katanya.

Orang ramai boleh menyalurkan bantuan
terus ke Bank Simpanan Nasional (BSN) di akaun 0510029817423442 atau
sebarang pertanyaan menghubungi Fazrina di talian 0172101803.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Perlubedahempatkali/Article/index_html
 

Kirim email ke