Negeri Sembilan
sebenarnya mempunyai banyak kesan sejarah, lebih hebat dari Melaka. Tapi sayang
tidak dihargai oleh pemimpin dan rakyatnya sendiri. Setiap kali saya melalui
kawasan bersejarah di Negeri Sembilan , saya akan bercerita kepada anak-anak
dan isteri saya, apa peninggalan sejarah yang penting di kawasan tersebut, yang
tidak terdapat di tempat lain di Malaysia.
 
Semoga Negeri
Sembilan selepas Pilihanraya Umum nanti akan mendapat kepimpinan negeri yang
prihatin terhadap sejarah negeri ini dan menjadikan Negeri Sembilan tempat
destinasi pelancongan bersejarah yang tersohor di rantau ini.
 
Antara kesan
sejarah yang paling penting di Negeri Sembilan ialah batu megalit atau batu
yang boleh tumbuh naik ke atas seperti pokok. 
 
Baru-baru ini
apabila melalui jalan Kuala Pilah – Seremban dalam suasana kesesakan lalu
lintas disebabkan projek jalan di Ulu Bendul belum siap, kami terpesona dan
baru perasaan betapa banyaknya tapak-tapak megalit di sepanjang jalan. 
 
Itu belum masuk
batu megalit di Pengkalan Kempas yang wujud sejak kurun ke 2 Masihi (bukan
Hijrah) yang ada ukiran nama ALLAH dalam tulisan Arab.
 
Anak-anak saya
pun berasa kagum dengan kejadian semula jadi ciptaan Allah ini. 
 
Alahai , anak
omak !
 
 
************** 
 
Misteri batu
nesan kubur di Kampung Gedang, Teraci, Kuala Pilah yang patah dua asal sahaja
tumbuh memanjang, memang membingungkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Muzium
Negara, Dato’ Dr Adi Taha. Batu nesan kubur kepunyaan Tok Patah itu ialah jenis
‘batu megalit’ berasaskan kajian Dato’ Dr Adi yang juga pakar batu megalit di
Malaysia. Insiden batu nesan Tok Patah yang sentiasa tumbuh semula setiap kali
ianya patah disedari oleh penduduk-penduduk kampung seolah-olah hidup sekalipun
memang tak bernyawa secara fizikal. Dato’ Dr Adi ketika memberikan ceramahnya
di Muzium Negeri Sembilan pada 25 Mac 2008, mengakui keanehan ‘batu megalit’
yang dianggap oleh masyarakat Melayu sebagai ‘batu hidup’
 
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2008/03/batu-nesan-misteri-di-kubur-patah-dua.html
 
Megalith atau
lebih dikenali sebagai Batu Hidup oleh penduduk tempatan (Malaysia) hanya
terdapat di daerah Alor Gajah, Melaka dan di daerah Kuala Pilah, Rembau dan
Tampin, Negeri Sembilan. Megalith di Semenanjung Malaysia
terbahagi kepada dua jenis iaitu batu-batu yang tingginya di antara dua hingga
enam kaki disusun berorientasikan arah utara-selatan secara berpasangan dan
diatur di dalam barisan timur-barat. Jenis kedua batu yang tinggi lebih kurang
satu kaki dan tidak mempunyai susunan yang khusus. Kebanyakkan megalith di
semenanjung tergolong dalam jenis pertama biasanya didirikan di atas tapak
tanah yang berbusut. Biasanya terdapat satu batu yang terbesar dan sering
diberi nama khas oleh penduduk tempatan. Pasangan megalith yang didirikan ini
berasal dari tapak yang diekskavasi di Tampin, Negeri Sembilan. Di dalam
ekskavasi ini tidak terdapat bukti yang menunjukkan bahawa tapak-tapak megalith
di Semenanjung Malaysia
adalah tapak bersejarah atau tanah perkuburan seperti yang dipercayai oleh
masyarakat tempatan.
 
http://www.muziumnegara.gov.my/gallery/items/Megalith_22 
 
The Megalith Stones in Muslim Cemetery,
Kg. Gunung Pasir.
 
http://malaysiamegalithic.blogspot.com/2012/06/megalithic-exploration-in-kuala-pilah.html
 
 
Archaeological and ethnological survey of megalithic culture
in Kuala Pilah, West Malaysia
 
Kamarul Baharin Buyong, University of Pennsylvania
 
http://repository.upenn.edu/dissertations/AAI9227629/ 

Kirim email ke