5 tip tersebut diringkaskan menjadi formula berikut :  Doa + Kaji + Boikot + 
Didik + Infaq = Bantu
Palestin
 
1) Doa
Memperbanyakkan
doa memohon Allah memberi pertolongan kepada rakyat dan pejuang di Palestin
termasuk juga Qunut Nazilah. Sekiranya tidak berkesempatan untuk Qunut Nazilah,
luangkan masa untuk berdoa di waktu lapang
 
2) Kaji
Sentiasa mengkaji
untuk mendapatkan maklumat berkaitan isu Palestin. Alert dengan berita-berita
yang memaparkan laporan terkini isu Palestin. Mengkaji kitab-kitab yang
menceritakan isu sebenar krisis Israel dan Palestin bukan sahaja dari sudut
agama malah dari sudut kemanusiaan
 
3) Boikot
Berusaha
memboikot barangan Israel dan sekutunya. Sekiranya tidak mampu boikot
kesemuanya, boikot sekadar atas kemampuan. Kita sama sekali dilarang menghina
orang Islam yang tidak bersama memboikot barangan Israel ( kerana sudah
terbiasa menggunakan atau sukar untuk memboikot)
 
4) Didik
Mendidik
anak-anak dan masyarakat supaya membenci segala bentuk kezaliman yang berlaku.
Didik mereka supaya membenci kezaliman dan menyayangi keamanan. Bukan sekadar
kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin, tapi segala bentuk kezaliman yang
berlaku.
 
5) Infaq
Sedia
menginfaqkan wang bagi membantu rakyat Palestin dan juga para pejuang yang
membantu Palestin. Hulurkan wang bagi membantu segala usaha mana-mana pihak
yang membantu rakyat Palestin. Seperti tabung kemanusiaan Palestin atau memberi
sumbangan menaja kos mencetak bahan-bahan penerangan isu Palestin.
 
Dapatkan 5 tip
tersebut dalam bentuk poster di  
http://norazmanmohamad.blogspot.com/2012/11/5-pesanan-ringkas-bantu-gaza.html 

Kirim email ke