Harian Metro 24 Nov 2012 - Pertubuhan
Penyayang Islam Malaysia (Muslim Care) tampil antara pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) pertama yang kini giat mengumpul dana bagi membina
semula beberapa masjid yang runtuh di Semenanjung Gaza akibat
serangan roket tentera Zionis.

Muslim Care kini giat mengumpul dana
termasuk sumbangan daripada pelajar Malaysia yang menuntut di United
Kingdom.

Timbalan Presidennya, Zulkefli Mohd
Nani berkata, dua ahli Muslim Care iaitu Bendahari Agungnya, Zulkifli
Wahijan dan Exco Muslim Care, Riduan Mohamad Nor bertolak ke United
Kingdom dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi
semalam, untuk bertemu pelajar Malaysia di sana.

Menurutnya, rancangan mengutip dana
bagi membina masjid di Tebing Gaza itu sudah dirancang sebelum perang
meletus 20 November lalu namun ia akan diperhebatkan berikutan
beberapa masjid di bandar Gaza dilaporkan musnah.

“Setakat ini, RM100,000 berjaya
dikumpul dan kami menjangka mampu memperoleh RM1 juta pada penghujung
tahun ini bagi tujuan membina atau membaik pulih masjid di sana,”
katanya.

Menurutnya, misi itu mendapat kerjasama
NGO dan kerajaan Mesir untuk memasuki Semenanjung Gaza melalui
sempadan Rafah.

Zulkefli berkata, orang ramai masih
boleh menyumbangkan wang ke akaun Muslim Care di atas nama Viva
Palestin menerusi nombor akuan Maybank, 564490211159 atau ke Akaun
RHB (Muslim Care) 26212000004747.

http://www.hmetro.com.my/articles/KumpuldanabaikimasjidruntuhdiGaza/Article 

Kirim email ke