Selain dari faktor hujan yang
berterusan, apakah pembalakan yang tidak terkawal atau kurang
pemantauan juga memburukkan lagi keadaan banjir yang melanda beberapa
kawasan di Negeri Sembilan pada ketika ini?

Banjir landa beberapa kampung di Kuala
Pilah
4 Dis 2012 

KUALA PILAH - Hujan lebat berterusan
lebih dua jam mengakibatkan beberapa penduduk di sekitar kawasan
Senaling dan Johol dipindahkan sementara waktu selepas kediaman
mereka dilanda banjir kilat semalam.

Kejadian berlaku pukul 7 malam
menyebabkan 25 orang penduduk di Kampung Dangi, Kampung Geduhum dan
Kampung Air Taling ditenggelami air setinggi hampir satu meter
sebelum diarahkan berpindah ke pusat pemindahan banjir di Dewan Orang
Ramai Kampung Dangi.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak
Infrastruktur, Air, Tenaga dan Telekomunikasi negeri, Datuk Ismail
Lasim memberitahu, turut dilanda banjir adalah Kampung Yu dan Kampung
Dioh mengakibatkan 70 orang di kawasan berkenaan terpaksa
dipindahkan.

http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20121205/ws_04/Banjir-landa-beberapa-kampung-di-Kuala-Pilah

Reply via email to