Kini begitu mudah
untuk kita bantu penduduk di Gaza, ianya boleh dilakukan di rumah, tempat kerja
atau sambil membeli belah. Kita boleh melakukannya secara atas talian di rumah
atau tempat kerja. Jika kita pergi membeli belah kita boleh lakukannya melalui
ATM atau CDM. Cuma masukkan berapa yang ingin kita bantu, RM10, RM20 dan 
seterusnya
ke akaun MUSLIM CARE MALAYSIA di :
Maybank , No Akaun 564490211159 atau ke Akaun RHB 26212000004747.
 
MUSLIM CARE
MALAYSIA BINA MASJID DI PALESTIN
 
GAZA 5 Dis 2012 :
Masjid menelan belanja lebih RM300,000 itu sudah melalui proses pecah tanah dan
rancak dibina hasil sumbangan rakyat Malaysia kepada Pertubuhan Penyayang Islam
(Muslim Care) Malaysia sejak 14 November lalu. Presiden Pertubuhan Emaar For
Development and Rehabilitation Gaza, Dr Anwar Abdul Aziz berkata, masjid
dinamakan sebagai Masjid Muhammad Al Amin dianggap simbol kasih sayang rakyat
Malaysia kepada penduduk Gaza.
 
MUSLIM CARE KUMPUL DANA BAIKI MASJID RUNTUH DI GAZA 
 
Kuala Lumpur 24 Nov 2012 -
Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia
(Muslim Care) tampil antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pertama yang kini
giat mengumpul dana bagi membina semula beberapa masjid yang runtuh di
Semenanjung Gaza
akibat serangan roket tentera Zionis.
 
Timbalan Presidennya, Zulkefli Mohd Nani berkata, dua ahli
Muslim Care iaitu Bendahari Agungnya, Zulkifli Wahijan dan Exco Muslim Care,
Riduan Mohamad Nor bertolak ke United Kingdom dari Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi semalam, untuk bertemu pelajar Malaysia
di sana.
 
Zulkefli berkata, orang ramai masih boleh menyumbangkan wang
ke akaun Muslim Care di atas nama Viva Palestin menerusi nombor akuan Maybank,
564490211159 atau ke Akaun RHB (Muslim Care) 26212000004747.

Kirim email ke