Aduanrakyat.com 16 Dis 2012 - Saya
adalah salah seorang penjaga kepada pelajar di Kolej Matrikulasi
Kuala Pilah. Mohon pihak Kementerian Pelajaran Malaysia/ Negeri,
Majlis Daerah Kuala Pilah, Jabatan Bekalan Air dan yang terbabit
melihat secara serius Masalah Air yang dihadapi oleh pelajar di kolej
matrikulasi tersebut. . 

Masalah yang telah berlanjutan sekian
lama menyebabkan pelajar2 mengadu kepada ibu bapa/ penjaga.

Keadaan bertambah serius sejak
kebelakangan ini dan pihak Kolej Matrikulasi/ terbabit hanya mampu
membekalkan air yang tercemar kepada para pelajar. 

Ada pelajar terpaka keluar hingga ke
Kuala Lumpur menumpang rumah kawan atau kenalan/ saudara untuk tujuan
mandi/ membasuh pakaian. Keadaan ini amat membimbangkan terutama dari
aspek keselamatan pelajar2. 

Mohon pihak terbabit memandang serius
masalah ini. Ini melibatkan masalah kesihatan dan keperluan asas yang
sepatutnya disediakan sebaik mungkin kepada pelajar2 di Kolej
Matrikulasi tersebut.

Kami hanya disensasikan oleh berita2
masalah air di negeri di bawah Pakatan Pembangkang..tapi sebenarnya
masalah air di negeri bawah pentadbiran BN juga berlaku sudah sekian
lama..

Mohon tolong selesaikan masalah air di
Pusat Matrikulasi Kuala Pilah ini..Pelajar2 ini adalah aset
negara..macam mana mereka dapat menumpukan perhatian sepenuhnya
kepada pelajaran sekiranya kebersihan serta keselesaan diri berada
pada peringkat yang teruk. 

Mohon pihak terbabit mengambil tindakan
segera. 

Terima kasih.

By: Amir

http://www.aduanrakyat.com.my/masalah-air-di-kolej-matrikulasi-kuala-pilah 

Kirim email ke