. 
Alhamdulillah keputusan PMR semalam. Alhamdulillah anak saya
mendapat 4A, 2B dan 3C. Saya dan
isteri berbincang dengan anak ke mana hala tuju selepas ini. Terlalu banyak
pilihan sebenarnya mereka yang tidak memperolehi 9A, 8A, 7A atau yang tiada A
langsung.
 
Malangnya media
hanya menggembar gemburkan mereka yang cemerlang, seolah-olah mereka yang tiada
A ni tiada harapan, sedangkan rezeki itu Allah yang beri. 
 
Kolej Vokasional
adalah pilihan yang terbaik golongan kurang mendapat A dalam PMR. Mereka ini
perlu dibimbing oleh ibu bapa, guru serta guru kaunseling apa pilihan kursus
yang terbaik.
 
Anak-anak ini
tidak tahu apakah kursus yang relevan untuk mereka, kerana mereka kurang arif
akan peluang kerjaya masa kini dan masa depan.
 
Tak silap saya
tarikh tutup permohonan ke Kolej Vokasional serta Sekolah Teknik ialah pada 30
Disember 2012. Harapkan kepada pelajar lepasan PMR yang kurang cemerlang ini
bincang dengan ibu bapa dan guru serta guru kaunseling untuk memilih hala tuju
pelajaran selepas ini.
 
Pihak media,
tolonglah, berilah semangat dan motivasi kepada pelajar yang kurang cemerlang
ini. Jangan hanya tumpukan
lensa pada mereka yang mendapat 9A dan 8A. 
 
Terapkan
keyakinan kepada anak-anak, semua rezeki itu datang dari Allah dengan syarat
kita berusaha bersungguh-sungguh dan kemudian bertawakal. 

Kirim email ke