Utusan Malaysia
25 Dis 2012 - Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, Rasulullah SAW
bersabda yang antara mafhumnya menyatakan bahawa, sesiapa yang meninggalkan
solat Jumaat tiga kali berturut-turut dengan sengaja, maka Allah SWT akan
menutup pintu hatinya daripada menerima petunjuk.
 
Berdasarkan
kepada nas-nas yang ada ini, maka pihak pemerintah memperuntukkan undang-undang
bahawa lelaki yang telah baligh dan tidak menunaikan solat Jumaat selama tiga
kali berturut-turut tanpa sebarang keuzuran, adalah melakukan kesalahan. Jika
disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan
tidak melebihi enam bulan, ataupun menerima kedua-dua hukuman itu. Contohnya di
Seksyen 14 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997
atau Akta 559.
 
Walau
bagaimanapun, dengan ruang dan kemudahan yang telah disediakan ini, pada waktu
umat Islam mengerjakan solat Jumaat, malangnya masih ramai kaum lelaki (yang
kita yakin bahawa mereka ini beragama Islam), tidak bersama-sama melaksanakan
solat Jumaat, malah, bebas melakukan pelbagai aktiviti.
Sehubungan dengan
perkara ini juga, ramai kalangan wanita pula yang mengambil peluang pada waktu
rehat yang lebih panjang ini untuk keluar membeli-belah. Dalam hal ini, mereka
perlu bersikap berhati-hati untuk melakukan urusan jual beli sekalipun secara
umumnya, hukum untuk bermuamalat bagi kalangan wanita dalam waktu solat Jumaat
adalah harus.
 
Walau
bagaimanapun, berjual beli dengan lelaki yang berkewajipan untuk menunaikan
solat Jumaat adalah disifatkan sebagai menyokong lelaki berkenaan untuk tidak
melaksanakan kewajipan yang telah pun diperintahkan Allah SWT. Maka, hukumnya
adalah berdosa kerana bersubahat dengan pelanggaran kewajipan berkenaan.
 
PENULIS ialah
Pegawai Penyelidik Kanan
Pusat Kajian
Syariah, Undang-undang dan Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
 
Artikel penuh di 
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121225/re_06/Kemuliaan-waktu-Jumaat-yang-tidak-mendapat-tempat

Kirim email ke