Sebelum Asar saya sempat membasuh
tandas surau. Biasalah tandas surau di tempat saya ini, laluan orang,
berhampiran dengan padang permainan. Ramai yang menggunakannya,
termasuk pelajar sekolah yang ponteng sekolah atau singgah sebentar.

Tandas surau ni biasanya dijadikan
tempat hisap rokok. Puntung rokok, kotak rokok, mancis bertaburan
atas lantai tu biasalah. Surau pula tiada siak, sukarela siapa ada
kelapangan tolong bersihkan kerana rata-rata jemaah kerja dari subuh
sampai ke malam, ada yang berulang alik dari Senawang ke Kuala
Lumpur.

Kita pun bersihkanlah tandas dengan
hati yang tenang, tak perlu marah-marah. Anak-anak biasalah, mereka
tidak dididik menjaga kebersihan surau dan tandas.

Dalam pada tengah bersih surau , ada
seorang lelaki yang singgah berehat di surau. Lelaki tadi kata, 
budak-budak ni yang kotorkan tandas. Saya kata pada lelaki tadi,
budak-budak ni bermula dari rumah, ibu bapa merekalah yang sepatutnya
mendidik anak-anak mereka menjaga kebersihan, terutama apabila
menggunakan tandas surau. Kalau anak-anak ini tidak dibiasakan
menjaga kebersihan di rumah macamana mereka hendak menjaga kebersihan
tandas surau, tandas masjid, tandas sekolah. 

Semoga teks khutbah di Malaysia ini
memberi penekanan kepada ibu bapa supaya melatih anak-anak mereka
menjaga kebersihan di rumah, di sekolah, di surau , di masjid
terutama di tandas. 

Kirim email ke