Amat benar sekali kata Nabi saw yang amat kita cintai, iaitu
orang beriman itu bila beroleh kesenangan di bersyukur, bila ditimpa musibah di
bersabar dan sabar itu lebih baik baginya. Beberapa tahun sudah kereta kawan
saya yang baru dibeli beberapa bulan dicuri di hadapan rumahnya. 
 
Baru-baru ini
saya tanya dia, macamana cerita kereta kena curi hari tu? Dia kata ada juga
hikmah kereta dia kena curi dulu, memandangkan ekonomi semasa tidak menentu
agak sukar untuk dia membayar ansuran bulanan untuk kereta tersebut. Sekarang
dia bersyukur kereta dia dicuri dahulu.
 
Anak saya dapat
UPSR 2A, 2B dan 1C tahun lepas, dia tidak layak untuk memohon masuk ke Sekolah
Menengah Agama di Seremban. Tak apalah saya kata, kita cuba sekolah lain, ambil
borang SMA Rembau, SMA Gadong, Maahad Tahfiz As-Saidiyyah, SMK Seri Ampangan
(KAA) pergi hantar borang ke Jabatan Pelajaran dan macam-macam lagi.
 
Anak saya pun
pergilah temuduga semua tempat , kecuali SMA Gadong. 
 
Akhirnya
ditakdirkan dapat SMA Rembau tanpa asrama. Bukan serampang dua mata lagi, bukan
menyelam sambil minum air lagi bahkan anak saya dapat lebih dari itu. Anak saya
dapat kelas yang tidak ramai murid dalam kelas, yang guru boleh beri tumpuan. 
Anak
saya dapat tinggal bersama neneknya di Rembau, temankan nenek yang keseorangan
(bukan main suka lagi nenek dia). Saya pula dapat balik kampung selalu, solat
di masjid dan surau yang arwah ayah saya pernah solat dulu, dapat selalu
berjumpa dengan kawan-kawan arwah ayah saya dulu. 
 
Memang benarlah
apa yang Nabi saw kita kata supaya orang mukmin ini sentiasa ”happy” saja,
susah pun ”happy”, senang pun ”happy”, tak ada masalah. ”Happy” dalam bentuk
bersyukur dan bersabar. 
 
Selamat Menyambut
Maulid Nabi 
 
Daripada  Abu Yahya
Suhaib bin Sinan RA katanya sabda Rasulullah SAW, “Sungguh menakjubkan urusan
(pekerjaan) seorang Mukmin (yang sempurna imannya) semua yang berlaku ke atas
dirinya adalah baik belaka. Ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang Mukmin
iaitu jika beroleh kesenangan, dia bersyukur dan syukur itu lebih baik baginya
dan jika dia ditimpakan kesusahan dia bersabar dan sabar itu lebih baik
baginya.” – Riwayat Muslim

Kirim email ke