Pada 14 Januari 2013 ini rakyat Negeri
Sembilan akan menyambut Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri
Sembilan iaitu KDYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.
Seharusnya semua pihak terutamanya orang Negeri Sembilan tahu akan
asal usul mereka dan kenapa pemerintahan beraja di Negeri Sembilan
ini amat unik, lain dari negeri lain.

Minangkabau serta Pagaruyung telah
menjalinkan hubungan yang erat dengan kerajaan Melaka sebelum
serangan tentera penjajah Portugis. Orang Minangkabau jugalah yang
mengangkat martabat orang Asli dari suku Jakun dengan pembukaan
kerajaan Rembau sebelum adanya Negeri Sembilan.

Kesultanan dari Pagaruyung telah
mengirim pembesar mereka ke Rembau pada awal tahun 1500. Orang
Minangkabau ini datang ke Tanah Melayu bukannya untuk bekerja sebagai
pembancuh simen, pekerja ladang, tetapi datang untuk berdakwah dan
mempertahankan kerajaan Islam. Mereka juga datang untuk memberi
perlindungan kepada pembesar Melaka selepas kejatuhan Melaka di
tangan Portugis.

Orang Minangkabau adalah pembuat
senapang dan meriam yang hebat pada kurun ke 15 , yang teknologinya
tidak dapat ditandingi Eropah pada ketika itu. Tentera Portugis tidak
pernah dapat menewaskan orang Minangkabau apabila bertempur dengan
tentera Rembau.

Bukan setakat itu, orang Minangkabau
adalah pembuat keris yang hebat pada ketika itu, dan ada satu senjata
diberi nama Guloh Rembau yang amat hebat yang tidak dapat dikesan
hingga ini. 

Maka tidak hairanlah yang menjadi
pengasas Askar Melayu ialah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dan
Undang Rembau pada tahun 1933. 

Begitu banyak sejarah-sejarah yang
belum terbongkar di Negeri Sembilan ini termasuklah golongan ulama
yang begitu tinggi martabat mereka yang banyak karamah, ada yang
boleh pergi ke Mekah dalam sekelip mata untuk membantu memadamkan
kebakaran di Mekah. Dan golongan ulama ini amat akrab dengan
pemerintah.

Semoga Kerajaan Negeri Sembilan,
Lembaga Muzium Negeri mengambil pendekatan yang lebih proaktif untuk
menarik minat generasi kini untuk mengenang kembali sejarah, agar
mereka punya harga diri, dan dapat menyaingi generasi dulu yang
begitu hebat akhlak, siasah, peribadi dan teknologi. 

The arms manufactured by the Bugis are
in great repute among the Malays ; also those made at Menangkabowe,*
particularly the matchlocks and swords ; and those of Rum- bowe in
the Peninsula. Rumbowe is celebrated for a particular sort of kris,
called " Guloh Rumbowe." The Malays of Malacca ascribe the
introduc- tion of the kris to the celebrated Hong Tuah, who
flourished in the reign of Mansur Shah, Sultan of * " At
Menancabo excellent poniards made, called creeses ; best weapons of
all the Orient." (Argensola, 1609.) 

http://www.vikingsword.com/vb/printthread.php?t=8013 

At Menancabo excellent poniards made,
called creeses; best weapons of all the orient. Islands along the
coast of Sumatra, called islands of Menancabo." ARGENSOLA, 1609.
"A vessel loaded with creeses manufactured at Menancabo and a
great quantity of artillery; a species of warlike machine known and
fabricated in Sumatra many years before they were introduced by
Europeans

http://www.gutenberg.org/files/16768/16768-h/16768-h.htm 

Kirim email ke