Remaja Islam kini
menghadapi serangan akidah yang begitu hebat ketika ini. Serangan risalah
melalui internet adalah lebih hebat ketika ini dari serangan melalui media
cetak. Nabi saw telah menunjukkan kepada kita bagaimana untuk menghadapi
serangan ini yang semakin hebat melalui cerita sejarah dalam Al Quran dan
Hadith.
 
Dulu ada
teknologi yang lebih hebat dari internet, iaitu teknologi sihir. Remaja pada
ketika itu begitu asyik dengan sihir. Raja pada ketika itu mengarahkan ketua
tukang sihir agar mencari pelapis. Lalu dipilihlah seorang budak untuk dilatih.
Budak ini pun berlatih dan pelajari ilmu sihir setiap hari.
 
Namun setiap hari
dalam perjalanan, budak ini akan lalu rumah seorang pendeta agama. Dengan 
kelunakan, kelembutan pendeta, lama
kelamaan budak tadi terpikat dengan ajaran pendeta tadi yang mengEsakan Allah. 
Dalam
pada masa yang sama budak tadi tetap belajar ilmu sihir.
 
Panjang betul cerita pasal budak ni, carilah sendiri
ceritanya di internet. 
 
Akhir sekali budak yang dilatih menjadi tukang sihir sudah
terbalik , menjadi seorang pendakwah yang berani tanpa banyak berkata-kata,
hanya pandai berdoa kepada Allah. Dan boleh dikatakan seluruh negeri beriman
kepada Allah , kecuali Raja yang zalim serta pengikutnya.
 
Jadi kepada para pendakwah Islam, sebelum nak salahkan
pendakwah bukan Islam, tanya diri kita sendiri adakah kita dapat mencontohi
pendeta tersebut untuk mempengaruhi remaja kita yang asyik berinternet agar
mereka dapat menikmati keseronokan Islam melalui pelbagai cara, perkahwinan,
permainan, teknologi, pemakanan dan sebagainya? 
 
Adakah kita hendak memikat remaja kita dengan apa yang halal
dan seronok untuk dilakukan, atau hendak memarahi remaja kita dengan tidak
melakukan perkara yang haram tapi seronok juga untuk dilakukan? 
 
Bukan untuk remaja saja, tapi untuk bapa dan atok remaja
yang leka dengan judi internet dan sebagainya.
 
Rujukan : Tafsir Al-Azhar karangan Prof. Dr. Hamka jilid ke
10
Surah Pilihan :
Surah Al-Buruj ( Juzu’ 30, Surah 85, bermula ayat 4 )
 
KISAH ASHABUL
UHDUD Part 1
Maksud ayat (1-9) Surah Buruj (Gugusan bintang):
 
1. Demi langit
Yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang;
2. Dan hari
(pembalasan) Yang dijanjikan;
3. Dan
makhluk-makhluk Yang hadir menyaksikan hari itu, serta Segala keadaan Yang
disaksikan; -
4. Celakalah kaum
Yang menggali parit,
5. (Parit) api
Yang penuh Dengan bahan bakaran,
6. (Mereka
dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya,
7. Sambil mereka
melihat apa Yang mereka lakukan kepada orang-orang Yang beriman.
8. Dan mereka
tidak marah dan menyeksakan orang-orang Yang beriman itu melainkan kerana
orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!
9. Tuhan Yang
Menguasai Segala alam langit dan bumi. dan (ingatlah), Allah sentiasa
menyaksikan tiap-tiap sesuatu.
 
http://najmeeqamar.blogspot.com/2009/05/siapakah-ashabul-uhdud.html

Kirim email ke