Mereka berjanji tender Hospital Rembau bagi kerja-kerja
bangunan pada fasa kedua dijangka dibuka pada hujung Mei 2012. Kini sudah awal 
Februari 2013, carian di laman web
Tender JKR mendapati tender Hospital Rembau untuk kerja-kerja bangunan masih
belum dikeluarkan. 
 
Satu lagi janji
ditepati untuk pengundi di Rembau sejak tahun 2008.
 
********* 
Hospital Daerah
Rembau dibina dalam 2 fasa
 
KUALA LUMPUR 29
Mac 2012 - Pembinaan Hospital Daerah Rembau di Negeri Sembilan akan
dilaksanakan dalam dua fasa iaitu melibatkan kerja-kerja tanah dan pembinaan
bangunan dengan kos dianggarkan berjumlah RM122.6 juta.
 
Menteri
Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bagi fasa pertama, Jabatan Kerja
Raya (JKR) sedang menyediakan pelan reka bentuk dan tender bagi kerja-kerja
tanah dibuka pada 27 Februari lalu dan ditutup pada bulan ini.
 
"Bagi
kerja-kerja bangunan pada fasa kedua, tender dijangka dibuka pada hujung Mei
ini," katanya menjawab pertanyaan Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR-Telok
Kemang) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
 
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2013/02/hospital-rembau-bila-agaknya-nak-mula.html
 

Reply via email to