Setiap tahun pada bulan Februari saya dan isteri tidak
menyambut Valentine tapi sebaliknya kami menyambut Jublinan (Jubli Perkahwinan
atau Ulangtahun Perkahwinan), bukan pada 14 Februari tapi seminggu selepas itu,
iaitu 21 Februari.
 
Alhamdulillah tahun ini , tahun ke 21 perkahwinan kami,
mengikut kalender Masihi yang berpandukan peredaran kejadian Allah , iaitu
matahari.
 
Disamping menyambut Jublinan, kami juga menyambut Jublilung,
iaitu ulangtahun kelahiran anak kami yang sulung, juga pada tanggal 21 Feb. Kini
usia beliau mencecah 20 tahun. 
 
Sebenarnya hari-hari, kami menyambut hari kasih sayang,
sekurang-kurangnya 5 kali sehari semalam, dengan menzahirkan kasih sayang kami
kepada Allah, kepada Rasul, kepada kedua ibu bapa kami, serta kami sekeluarga
setiap kali berdoa selepas solat.
 
Selamat Menyambut
Hari Kasih Sayang pada setiap hari, setiap saat. 
 
Sesungguhnya
kasih sayang yang hakiki, ialah kasih sayang yang dengan rahmat Allah kita
bersama ke syurga. 

Kirim email ke