Harakah Daily,  14 Feb 2013  
 
KUALA LUMPUR:
Kadar premiun insurans kenderaan bagi semua jenis kenderaan akan dinaikkan
mulai esok, Jumaat 15 Februari.
 
Maklumat tersebut
diperolehi melalui surat edaran yang dihantar kepada pengendali dan agen-agen
insuran bertarikh 7 Februari  lalu.
 
Bagi pemilik
kenderaan, mereka akan mulai membayar dengan tarif harga yang baru mulai esok
apabila ia dikuatkuasakan sepenuhnya.
 
Bagi perlindungan
pihak ketiga motosikal 100cc dan ke bawah, cadangan kenaikan adalah antara RM1
hingga RM3.50 setahun dan RM1 hingga RM2 untuk perlindungan komprehensif. 
 
Untuk
perlindungan pihak ketiga kereta persendirian 1,400cc, kenaikan adalah antara
RM6 hingga RM34 setahun untuk empat tahun dan RM7 hingga RM19 untuk
perlindungan komprehensif. 
 
Surat pekeliling
itu turut memberitahu kelulusan kenaikan premium itu telah diluluskan oleh Bank
Negara sebelum ini.
 
Bank Negara pada
26 Februari 2010 telah mengumumkan kenaikan premium insuran secara berperingkat
dalam tempoh empat tahun mulai tahun 201.
 
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/16711-kadar-insuran-kederaan-naik-mulai-esok
 

Reply via email to