Apabila harga petrol naik jadi RM2.70 seliter, 
ramai yang merungut dan marah lalu mengatakan 
kerajaan bertindak zalim. Rasa tidak puas hati 
diluahkan dalam pelbagai cara merata-rata tak kira masa.

Namun apabila harga petrol turun jadi RM1.90 
seliter, berapa ramai yang menzahirkan rasa kesyukuran kepada Allah?

Apabila projek Hospital Rembau lambat 
dilaksanakan ramai yang merungut dan mengata. 
Rasa tidak puas hati diluahkan dalam pelbagai cara merata-rata tak kira masa.

Apabila projek Hospital Rembau makin menjadi 
kenyataan, berapa ramai yang menzahirkan rasa kesyukuran kepada Allah?

Muhasabah diri kita..di mana kita sebenarnya.


"Siapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, 
dia tidak bersyukur kepada Allah"

"Sekiranya kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahkan nikmatKu kepadamu...."



At 4/3/2013 04:15 PM, someone wrote:



>Tender bangunan hospital Rembau telah 
>dikeluarkan pada 4 Mac 2013. Kepada para 
>kontraktor yang berminat sila rujuk laman web JKR.
>
>Tajuk Projek : CADANGAN HOSPITAL REMBAU (76 
>KATIL) NEGERI SEMBILAN (FASA 2 : KERJA BANGUNAN DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN)
>
>Lawatan Tapak :   13/3/2013 (Rabu)
>Tarikh Iklan : 4/03/2013
>Maklumat Tender Dokumen
>Harga :  RM 3,000.00
>Tarikh mula dijual : 28/03/2013
>Tarikh akhir dijual : 11/04/2013
>Tarikh ditutup : 18/04/2013
>
>Sumber 
><http://www.jkr.gov.my/ckub/b_admin/t_listdtl.asp?No_Proj=22529>http://www.jkr.gov.my/ckub/b_admin/t_listdtl.asp?No_Proj=22529
> 
>
>
>Hospital RM100 juta bagi penduduk Rembau
>
>REMBAU 7 Mac 2008 - Hospital Daerah Rembau yang 
>boleh menampung 76 katil akan dibina di sini 
>dengan kos RM100 juta untuk memberi kemudahan 
>kesihatan yang lebih baik kepada 60,000 
>penduduk, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di sini hari ini.
>
>BELIAU MENJELASKAN DENGAN PEMBINAAN HOSPITAL INI 
>PADA TAHUN INI, maka ia menjadi negeri yang 
>pertama mempunyai kemudahan hospital di setiap 
>daerah, di mana hospital di Rembau ini akan 
>mempunyai perkhidmatan perubatan am, kecemasan, 
>pesakit luar, selain sokongan seperti farmasi, 
>makmal, haemodialisis, pengimejan dan diagnostik.
>
><http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0308&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm&arc=hive>http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0308&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm&arc=hive
> 
>
>
>Hospital Daerah Rembau dibina dalam 2 fasa
>
>KUALA LUMPUR 29 Mac 2012 - Pembinaan Hospital 
>Daerah Rembau di Negeri Sembilan akan 
>dilaksanakan dalam dua fasa iaitu melibatkan 
>kerja-kerja tanah dan pembinaan bangunan dengan 
>kos dianggarkan berjumlah RM122.6 juta.
>
>Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai 
>berkata, bagi fasa pertama, Jabatan Kerja Raya 
>(JKR) sedang menyediakan pelan reka bentuk dan 
>tender bagi kerja-kerja tanah dibuka pada 27 
>Februari lalu dan ditutup pada bulan ini.
>
>"BAGI KERJA-KERJA BANGUNAN PADA FASA KEDUA, 
>TENDER DIJANGKA DIBUKA PADA HUJUNG MEI INI," 
>katanya menjawab pertanyaan Datuk Kamarul 
>Baharin Abbas (PKR-Telok Kemang) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
>
><http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0330&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm>http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0330&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm
> 
>
>
>Pembinaan Hospital Rembau bermula April ini – Menteri Besarr
>
>SENAWANG, 25 Jan 2012 – Dakwaan Pakatan Rakyat 
>mengenai Kerrajaan Negeri mungkir janji untuk 
>membina hospital di Rembau adalah tidak benar.
>
>Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri 
>Besar Negeri Sembilan merangkap Ketua UMNO 
>Bahagian Rembau menjawab isu ini di hadapan tiga 
>ribu penduduk di kawasan Paroi ketika Majlis 
>Penyerahan Baucar BR1M kepada 631 orang penerima pusingan pertama.
>
>Menurut Menteri Besar lagi, “TENDER PEMBINAAN 
>HOSPITAL REMBAU AKAN DI BUKA PADA BULAN APRIL 
>2012 dan  orang ramai tidak perlu gusar lagi 
>tentang isu hospital yang di bangkitkan pembangkang.”
>
><http://n9kini.com/pembinaan-hospital-rembau-bermula-april-ini-menteri-besar/>http://n9kini.com/pembinaan-hospital-rembau-bermula-april-ini-menteri-besar/
> 
>



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscribe@yahoogroups.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    islah-net-dig...@yahoogroups.com 
    islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke