Pada
awal Januari 2013 yang lalu beberapa kawasan di Kota telah dilanda ribut yang
amat kuat yang merosakkan 30 buah rumah serta 2 buah sekolah. Pada awal Mac 2013
yang lalu PAS DUN Kota telah melakukan ziarah susulan terhadap mangsa ribut
tersebut. Hadir semasa program ziarah berkenaan ialah Tn Hj Ghazali Mohd
Shom  selaku Penyelaras PAS DUN Kota.
 
Antara
yang ditemui ialah seorang peniaga air. Payung gerai peniaga air berkenaan
rosak teruk dalam ribut berkenaan. Beliau telah mengajukan permohonan ke
beberapa pihak untuk bantuan membeli payung. 
 
Akhirnya
PAS DUN Kota telah berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM200 yang disalurkan
kepada peniaga berkenaan untuk membeli payung.
 
Dalam
program ziarah PAS DUN Kota turun padang menemui penduduk kampung banyak
permasalahan yang diajukan. Kebanyakkannya berkaitan dengan masalah kewangan.
 
Kepada
mereka yang ingin membantu boleh salurkan ke akaun berikut :
 
Nama
akaun : PAS MTD DUN KOTA
Bank
Islam Malaysia Berhad: 05-021-02-011755-8
atau
: Maybank , No Akaun 155126945930 : CIMB , No Akaun 05020693061526
 
Maklumat
lanjut sila hubungi:
Izamri
bin Med 013-2124086 (Pengarah MTD DUN Kota)
Rozmal
bin Malakan 012-2267406 (Pengarah 2 , Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen
Rembau)
 
30
rumah, dua sekolah rosak dilanda ribut 
Sinar
Harian 11 Januari 2013 
 
REMBAU
– Sebanyak 30 rumah serta dua sekolah rosak dilanda ribut dalam kejadian
kira-kira 4.50 petang kelmarin.
 
Antara
kediaman penduduk yang rosak teruk adalah di Projek Perumahan Rakyat Termiskin
(PPRT) Legong Ulu, Kampung Relong Chengkau, Kampung Penajis, Pulau Acheh dan
Astana Raja termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abdullah (Semenda) dan
Sekolah Kebangsaan (SK) Astana Raja.
 
Tinjauan
Sinar Harian ke lokasi, malam kelmarin mendapati lebih 30 pokok tumbang dan
turut mengenai sebuah kereta penduduk serta kabel yang terletak di bahu jalan.
 
Penduduk,
Nor Azhar Zulkefly, 22, dia hanya menyedari atap rumah yang didiami sejak 20
tahun lalu rosak dipukul angin kuat selepas merasakan biliknya mulai basah.
 
Katanya,
menyedari kejadian itu, dia bergegas mencari ibu, Sefiah Ismail, 59, yang
berada di ruang tamu.
 
"Saya
sempat mematikan suis utama dan membawa ibu ke rumah nenek saya yang terletak
berdekatan. Ibu saya masih terkejut dengan apa yang berlaku," katanya.
 
Sementara
itu, Pengetua Semenda, Siti Noridah Ujang berkata, dia dan beberapa guru
bertindak pantas melihat kerosakan awal.
 
"Kebanyakan
bahagian atap bangunan beberapa blok serta asrama diterbangkan ribut, sementara
kelas basah, pendawaian elektrik rosak, cermin pecah selain pintu
tercabut," katanya.
 
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/30-rumah-dua-sekolah-rosak-dilanda-ribut-1.120071
 

Kirim email ke