Sedar
tak sedar 26 Mac 2013 ini sudah 5 tahun perkhidmatan 36 orang wakil rakyat di
Negeri Sembilan. Antara langkah pertama yang dilakukan oleh Menteri Besar
Negeri Sembilan apabila Pakatan Rakyat memenangi 15 kerusi DUN pada tahun 2008
ialah memotong RM1500 elaun Pusat Khidmat Masyarakat.
 
Ini
bermakna selama ini 1 orang wakil rakyat dari PAS, 4 orang wakil rakyat dari
PKR, 10 orang wakil rakyat dari DAP dan selebihnya dari BN menguruskan Pusat
Khidmat Masyarakat, menyewa premis Pusat Khidmat Masyarakat, serta membayar
elaun kepada pegawai di Pusat Khidmat Masyarakat menggunakan wang mereka
sendiri serta hasil sumbangan dari orang ramai.
 
Ini
bermakna sekurang-kurangnya RM90,000 telah berjaya dikumpulkan dan diagihkan
oleh setiap wakil rakyat untuk menguruskan sebuah Pusat Khidmat Masyarakat
untuk tempoh 5 tahun.
 
Persoalannya
sekarang ialah penjimatan RM1500 setiap bulan, berjumlah RM90,000 setiap DUN,
berjumlah RM3.24 juta untuk seluruh N.Sembilan yang menurut Menteri Besar akan
digunakan untuk kebajikan, adakah RM3.24 juta tersebut benar-benar disalurkan
untukj tujuan kebajikan?
 
Jika
RM3.24 juta tersebut disalurkan untuk tujuan kebajikan, adakah agihannya sama
rata untuk setiap DUN?
 
Potong
Elaun Pusat Khidmat Masyarakat RM 1500
 
SEREMBAN
3 April 2008  –  Semalam Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad
Hasan mengumumkan kerajaan negeri akan memotong elaun pengurusan pejabat
sebanyak RM1,500 dalam salah satu pakej daripada 36 ADUN serta merta.
 
Langkah
itu, bagi membolehkan kerajaan melakukan penjimatan, sementara wang terkumpul
sebanyak RM648,000 setahun itu akan digunakan untuk kepentingan dan kebajikan
rakyat.
 
ADUN
Sikamat dari PKR, Aminuddin Harun menjelaskan, sekiranya betul wang itu akan
digunakan untuk kebajikan, beliau setuju dengan pemotongan elaun itu.
 
‘‘Bagaimanapun,
kami hendak tahu, wang tersebut disalurkan di mana dan bagaimana ia diagihkan.
Pendapat
Aminuddin disokong ADUN Paroi, Mohamad Taufek Abd. Ghani dari Pas dengan
menjelaskan adalah wajar elaun itu dikekalkan kerana pembangkang memerlukan
sumber berkenaan untuk membolehkan rakyat bertemu wakil rakyat di pejabat.”
 
‘‘Jika
benar kerajaan negeri melakukan ini untuk langkah berjimat cermat, kita
alu-alukan.”
 
‘‘Bagaimanapun,
kami mahu tahu rasional dan untuk siapa wang itu akan diberikan.”
 
ADUN
Bukit Kepayang, Cha Kee Chin dari DAP berpendapat, kerajaan negeri boleh
mendapatkan saluran lain untuk membantu rakyat, bukan melalui RM1,500 daripada
wang wakil rakyat.
 
‘‘Kita
tidak menyoalkan faktor kebajikan tetapi kerajaan boleh mencari saluran lain
untuk mendapatkan wang untuk diberikan kepada rakyat. Tetapi kami terpaksa
menerima keputusan ini kerana ia diarah oleh kerajaan,’’ ujarnya..
 
Rujukan
: 
http://aminuddinharun.blogspot.com/2008/04/potong-elaun-pusat-khidmat-masyarakat.html
 

Reply via email to