Petang tadi saya dihubungi oleh nombor
yang belum pernah menghubungi saya sebelum ini. Dia mengenalkan diri
sebagai Ketua Adat Perpatih untuk satu suku di Rembau atau Buapak
yang bergelar Dato …....... Dia ada membaca mengenai satu tulisan
dalam blog mengenai usaha yang dilakukan oleh saya dan rakan-rakan di
PAS DUN Kota untuk memulihara beberapa tempat bersejarah di Negeri
Sembilan.

Dia berharap dapat berbincang dengan
lebih lanjut perkara tersebut. Saya berkata kepada Dato tersebut ,
memang sebenarnya di Rembau ini terlalu banyak tempat bersejarah yang
anak-anak Rembau sendiri tidak tahu. Saya berkata kepada Dato tadi
insyaAllah, selepas pilihanraya nanti kita bincang dengan lebih
lanjut. 

Dalam hati saya , jika PAS menang di
DUN Kota, insyaAllah lebih mudah untuk menggerakkan usaha untuk
memulihara tempat bersejarah di DUN Kota, agar Kota menjadi tempat
tumpuan pelancongan pada masa akan datang, lebih baik dari Melaka
sebenarnya, kerana Melaka , Portugis dan Belanda berjaya menjajah,
tetapi tidak Rembau.

Tapi jika PAS tidak menang dalam PRU-13
kali ini, insyaAllah, akan diteruskan usaha tersebut melalui
mana-mana pihak yang berminat untuk meneruskan usaha pemuliharan
tempat bersejarah di Rembau, yang secara tidak langsung dapat menjana
ekonomi anak-anak Rembau.

Usaha PAS DUN Kota sebelum ini untuk
mempopularkan DUN Kota sebagai tempat bersejarah di 
http://pas-n28-kota.blogspot.com/2013/04/pas-pulihara-makam-bersejarah.html 

Kirim email ke