Semasa kempen PRU-13 antara jentera
kempen yang paling rajin ialah jentera pemuda. Tidak kiralah pemuda
PAS ke, pemuda UMNO ke, pemuda PKR ke. Mereka ini sanggup panjat
pokok, panjat tiang, panjat bukit, panjat tembok untuk pasang bendera
dan kain rentang. Ada antara anak muda ini tidak diberi apa-apa upah
langsung untuk memasang bendera tersebut, dan ada yang diberi upah,
mengikut kemampuan parti yang bertanding. 

Selepas kempen PRU-13, tenaga pemuda
ini harus disalurkan pula untuk melakukan kerja yang memberikan
manafaat kepada mereka secara sukarela, atau kalau perlu , parti yang
kaya dan berkemampuan teruskan memberi upah kepada pemuda-pemuda ini
untuk melakukan perkara-perkara yang baik.

Antara kerja yang boleh memberi
manafaat kepada pemuda ini, yang boleh mendatangkan sifat rendah
diri, menghindari sifat sombong ialah kerja membersih tandas,
terutama sekali tandas masjid dan surau. 

Alangkah baiknya pemuda-pemuda Islam di
Malaysia ini mempunyai semangat untuk membersih tandas masjid dan
surau secara sukarela atau diberi upah oleh parti masing-masing.

Ini akan menarik lagi golongan bukan
Islam untuk mendekati Islam. 

http://rozmal.blogspot.com 

Kirim email ke