Kunyah makanan hingga lumat, merupakan
salah satu lagi sunnah Nabi Muhammad saw yang sering kita lupakan. Walhal ianya
adalah ubat pelbagai penyakit yang menghantui orang kita dewasa ini seperti
gastrik, sakit kepala, angin dalam badan, kencing manis dan mungkin juga
pelbagai penyakit lain. Selepas membaca apa yang saya pautkan selepas ini,
untuk umat Islam, perbetulkan niat kita, bahawa kita kunyah makan hingga lumat
adalah untuk ikut sunnah Nabi semata-mata, walaupun banyak rahsia perubatan
disebalik penawar yang ada dalam mulut ciptaan Allah, iaitu air liur. Untuk
yang bukan Islam, amalan mengunyah makanan sehingga lumat hendaklah diamalkan
agar dapat mengelakkan pelbagai penyakit.
 
Pakar kesihatan menggalakkan kita mengunyah
makanan hingga lumat kerana air liur kita dapat menguraikan kabohidrat yang
menjadi punca pelbagai penyakit seperti kencing manis dan sebagainya. Juga air
liur kita bertindak sebagai pembunuh kuman dan bakteria untuk mengelakkan dari
keracunan makanan dan sebagainya. Hatta kalau makan bubur atau minum air sekali
pun kita digalakkan menggaul bubur dan air yang diminum dengan air liur kita
dengan seakan-akan berkumur.
 
Kalau ikut sunnah Nabi dengan air liur kita
sendiri pun dapat menyelesaikan pelbagai masalah di dunia ini, apatah lagi
kalau umat Islam ikut semua yang terdapat dalam Al Quran dan Hadith, pasti akan
dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang melanda negara ketika ini dari kes
ragutnya, kes rasuahnya, kes samunnya, kes buang bayi, zina, dadah dan banyak
lagi.
 
Jadi selepas ini , marilah kita tenang
apabila makan, sambil berzikir, kerana kita hendak hidupkan semula sunnah Nabi
di akhir zaman. Ingat lagi kisah bagaimana Nabi Muhammad saw memberi makan
kepada pengemis perempuan tua Yahudi dengan mengunyahkan dahulu makanan yang
hendak disuapkan? 
 
Beberapa artikel mengenai khasiat mengunyah
makanan hingga lumat di 
http://rozmal.blogspot.com/2013/06/kunyah-makanan-hingga-lumat-ubat.html

Kirim email ke