mohon laluan dari pak moderator
Saudara dan saudari adalah dijemput untuk menghadiri Perasmian Pameran Inspirasi Perak 2005 seperti maklumat dibawah :
Tarikh : 08 September 2005
Tempat : Galeri Seni Muzium Darul Ridzuan
2020, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
30000 IPOH, PERAK
Masa : 10.00 pagi
Perasmi : Dato haji Mohd Zaim bin Haji Abu Hasan
Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Warisan, Belia dan Sukan Negeri Perak
Sekretariat : Angkatan Pelukis Darul Ridzuan
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila berhubung terus dengan saya :
Cik Nini Ruspawan Kamaludin
Setiausaha Kerja APDR
017 - 5747669
Kehadiran saudara/saudari sangatlah kami alu-alukan dan di harap dengan kehadiran tersebut dapat memeriahkan lagi majlis
Pameran ini adalah Pameran Peringkat Kebangsaan yang telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama dari Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Perak, Lembaga Muzium Darul Ridzuan dan Angkatan Pelukis Darul Ridzuan (APDR), bersempena dengan Karnival Perak yang sedang berlangsung sekarang ini. Sebanyak 136 karya telah berjaya dikumpulkan dari pelukis-pelukis seluruh negara antaranya Jaafar Taib (Pengarah Creative Enterprise), Ismail Kadir, Abdul Ghani Ahmad dan Hamidon Ahmed (sekadar menyebut beberapa nama). Karya-karya ini, selain dipamerkan ia juga turut dijual. Oleh itu marilah beramai-ramai kia memeriahkan suasana.
Terima Kasih...
Start your day with Yahoo! - make it your home page
____. __
| | ____ ____ _____ | | _______
| |/ __ \ / \\__ \ | |/ /\__ \
/\__| \ ___/| | \/ __ \| < / __ \_
\________|\___ >___| (____ /__|_ \(____ /
\/ \/ \/ \/ \/
.___ __ __
__| _/_____/ |_ | | ______ _____
/ __ |/ _ \ __\ | |/ / _ \ / \
/ /_/ ( <_> ) | | < <_> ) Y Y \
\____ |\____/|__| |__|_ \____/|__|_| /
\/ \/ \/
"Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara"
[Usman Awang]
Laman web: http://www.hm/jenaka.com
Mahakarya: http://members3.boardhost.com/jenaka
Arkib II: http://www.mail-archive.com/jenaka%40yahoogroups.com/
Undi-anda: http://groups.yahoo.com/group/jenaka/surveys?id=1907770
FAQ: http://groups.yahoo.com/group/jenaka/database
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "jenaka" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
