Terima kasih kepada sdr Faizul , sdr Ejoe dan sdr M. Yusri ,semuanya
cadangan dan pandangan tersebut adalah sangat baik dan boleh diterima.
setakat ini saya dah dapat kuncinya dan dengan menggunakan kunci itu saya
akan buka pintu-pintu yang sesuai kerana setakat ini seakan kelihatan
bercelaru walaupun matlamatnya seakan sama.
Saya masih menunggu respon daripada sahabat yang lain.
Dari situ saya akan buat keputusan mengikut kewajaran untuk menumpukan
kepada hanya satu atau dua daripada matlamat yang diletakkan.
--
Ediramle Ismail
mesej di bawah dari Sdr. Faizul
On Mon, December 31, 2007 10:51 am, imaginasi wrote:
Abg Edi,
Saya ingin suarakan pendapat saya mengenai peranan/matlamat yang boleh
kita
tetapkan untuk kita dalam letusan era teknologi maklumat nih.
Matlamat/peranan/peluang yang boleh kita lakukan:
1. Melibatkan diri dalam pembangunan perisian & perkakasan.
- ini memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi.
2. Melibatkan diri dalam penyediaan perkhidmatan teknolgi maklumat.
- seperti konsultan IT, perkhidmatan jual-beli peralatan/perisian,
khidmat portal maklumat.
- ini rasanya macam ejoe / wazam lakukan ler kot.
3. Melibatkan diri dalam rekabentuk penggunaan teknologi maklumat secara
optimal dalam organisasi.
- ini biasanya dilakukan oleh jabatan IT ler. Kita cuba selesaikan
masalah menggunakan IT.
4. Melibatkan diri dalam rekabentuk data & analisa sistem seperti
pangkalan
data, sistem maklumat pekerja.
- saya cuba nak bangunkan sistem dan pangkalan data sistem
pengurusan peralatan untuk
memudahkan saya mengawal penggunaan peralatan/mesin dikilang
saya
nih.
5. Melibatkan diri dalam pendidikan teknologi maklumat melalui ceramah,
tutoran/kuliah atau penyelidikan.
6. Melibatkan diri dalam pembinaan laman web, portal yang memanfaatkan
pengguna lain.
- ini macam Abg Edi buat ler.
7. Melibatkan diri dalam menyebarkan teknologi maklumat untuk masyarakat
umum melalui penulisan, ceramah, perkhidmatan sosial dan sebagainya.
- saya rasa ini peranan yang Abg Edi tengah lakukan. Kewujudan
pusat
sumber maklumat
membantu meningkatkan kesedaran IT masyarakat setempat. Yang
penting, pengetahuan TAHU-GUNA
teknologi maklumat untuk memudahkan kehidupan kita. Kita tak
mahu
masyarakat tahu guna
komputer untuk bermain game, chatting atau terlibat dalam skim
internet yan tak beretika, tetapi
menggunakan teknologi maklumat untuk meningkatkan kehidupan
kita.
Contohnya, menggunakan
laman web untuk memasarkan produk kita, dll.
Jadi pendapat saya, matlamat no.7 yang saya nyatakan lebih tepat untuk
usaha-usaha yang Abg Edi lakukan.
Wassalam.
Faizul Haslizi Hj Ramli.
[EMAIL PROTECTED]
http://multiply.imaginasi.com
On 31/12/2007, Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> Disebabkan beberapa perkembangan yang berlaku sejak akhiran kini,
> terasa
> seperti setting matlamat dalam ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi)
> saya seakan lari sedikit matlamatnya dan ini menyebabkan agak sukar
> untuk
> meneruskan perjuangan ICT yang dirangka sebelum ini.
>
> Jadi kali ni sempena menyambut tahun baru 2008 , saya nak tanya soalan
> yang agak sukar sikit untuk dijawab rakan-rakan semua iaitu bertujuan
> untuk setting semula matlamat dalam bidang ICT yang tentunya berbeza
> antara seorang dengan seorang rakan ICT yang lain.
>
> Soalannya.
> Apakah antara matlamat sebenar bidang ICT yang kita diceburi kini?
>
>
> Saya jadi terkeliru sikit, tentang matlamat ni. Apakah saya perlu jadi
> sukarelawan ICT , jadi pejuang, jadi usahawan ICT , jadi pemerhati, jadi
> pengeluar, atau ict hanya sebagai hobi semata-masa untuk mengisi masa
> lapang. Saya hanya harus memilih hanya satu sahaja atau selebihnya dua
> sahaja supaya dapat menumpukan sepenuhnya untuk matlamat tersebut.
>
> Dimaklumkan pertanyaan ini adalah serius, bukan sekadar mainan.
>
> Sekian dan berbanyak terima kasih atau bantuan idea yang diberikan.
> Saya perlukan sebanyak mungkin respon terhadap pertanyaan ini . Jawapan
> dalam dua tiga ayat pun memadai.
> Sumbangan idea itu sangat penting untuk saya saring dan pilih mana-mana
> yang terbaik untuk dijadikan matlamat saya dalam ICT.
>
>
> Untuk makluman , saya adalah moderator kepada kumpulan egroups ini dan
> hampir empat ratus egroups lain.
>
> Ediramle Ismail
>
>
>
>