'Goji' atau Wolfberry yang dikenali di Asia sebagai makanan 
bernutrien telah digunakan dalam dunia perubatan Cina sejak 1.900 
tahun. Kemungkinan penggunaannya lebih lama kerana ia sering 
dikaitkan dalam cerita Cina sehinggalah ke Shen Nung (Shennong), 
Maharaja Pertama legenda Cina, bapa pertanian mitos dan pakar herba 
pada era 2,800 sebelum Masehi.

Sejak awal abad ke-21, di Amerika Syarikat clan negara-negara maju, 
goji mulai diiktiraf sebagai buah yang mengandungi banyak nutrien 
clan mempunyai ciri anti-oksidan.

Wolfberry adalah nama am bagi sejenis buah yang dipanggil Lytium 
barbarum (Pinyu Cina: Ningxia gouqi). Buah beri ini adalah dari 
keluarga Solanaceae. Ubi kentang, tomato, terung dan serbuk lada 
juga termasuk dalam golongan ini. Spesis wolfberry kini ditanam di 
banyak daerah. Bagaimanapun, hanya di negara Cina, penanamannya 
dibuat secara komersial.

Buah beri ini juga dikenali sebagai Wolfberry Cina, beri goji, 
barbary matrimony vine, bocksrlont, pokok the Duke of Argyll atau 
matrimony vine. Nama-nama lain adalah goji Tibetan dan goji 
Himalayan, kedua-duanya sering diguna dalam memasarkan produk-produk 
makanan kesihatan.

 

Khasiat Perubatan
Goji telah lama memainkan peranan penting dalam perubatan 
tradisional Cina. Khasiat daripada buah ini dipercayai, antaranya 
dapat mempertingkatkan funggsi sistem imun, memperbaiki penglihatan, 
melindungi hati, menambah penghasilan spenna dan memperbaiki 
peredaran darah.

Dalam perubatan tradisional Cina, goji mempunyai rasa manis dan 
bersifat neutral. la bertindak terhadap hati, para-paru, buah 
pinggang dan memperkayakan 'yin'. la boleh dimakan secara mentah, 
diminum sebagai jus, dibru menjadi teh herba atau disediakan sebagai 
tinktur. Buah beri ini juga digunakan dalam perubatan tradisional 
Korea, Jepun dan Tibet.

Dalam perubatan tradisional Cina, daun goji boleh diguna untuk 
membuat teh dan akar kulit Lvcium, bagi merawat radang 
(inflammatory) dan beberapa jenis penyakit kulit.

Buah goji juga mengandungi zeaxanthin, satu diet karotenoid penting 
yang menyerap ke dalam retinal macula lutea, di mana ia menawarkan 
anti-oksidan. Kajian tentang penambahan ke atas manusia menunjukkan 
yang pengambilan goji setiap hari meningkatkan tahap zeaxanthin 
plasma.

Banyak penerbitan, terutama dari negara Cina, melaporkan tentang 
faedah perubatan lycitun barbarum, terutama disebabkan oleh khasiat 
anti-oksidannyaa, termasuk potensi faedah terhadap penyakit 
kardiovaskular dan radang (inflammatory), penyakit berkenaan 
penglihatan (seperti macular degeneration dan glaucoma yang 
berkaitan dengan umur, mempunyai khasiat perlindungan neuro atau 
sebagai agen anti-kanser dan imuno-modulatory.

 

Masakan
Sebagai makanan, goji kering secara tradisi dimasak sebelum dimakan. 
la selalunya ditambah ke dalam nasi kanji, sup, dengan campuran ayam 
atau daging, sayuran serta lain-lain herba seperti keladi dan akar 
likuoris.

Buah beri mi juga direbus sebagai teh herba, selalunya bersama bunga 
kekwa dan jujub merah. Pucuk dan daunnya juga ditanam secara 
komersial sebagai sayuran.

Di Barat, goji kering dimakan 'terus ke mulut sebagai snek, sama 
seperti kita memakan kismis atau buah-buahan kering yang lain. 
Rasanya seakan-akan tomato dan sama seperti buah kurma, 
`cranberries' kering atau kismis. Ia juga selalu diguna dalam 
makanan diet mentah.

 


Nutrien Makro
Goji mengandungi peratusan keperluan nutrien makro harian yang 
signifikan - karbohidrat, protein, lemak dan serat diet. 68% adalah 
sebagai karbohidrat, 12% protein dan tiap satu 10% sebagai serat dan 
lemak. Semuanya
menjadikan jumlah nilai kalori sebanyak 100 gram. menghasilkan 370 
(kilo) kalori.

www.lelakiperkasa.com

Kirim email ke