Misteri Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu 'hilang' berterusan
Dilulus terbit pada Monday, August 11 @ 16:19:22 MYT oleh greenboc
Oleh Manimaran
MSTAR
Misteri 'kehilangan' Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin
(gambar) dan khabar angin beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA) berterusan hingga pagi ini.
Hingga kini tiada pihak dapat memastikan sejauh mana kebenaran khabar angin
yang mula tersebar sejak malam kelmarin itu.
Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika dihubungi
sebentar tadi turut buntu dengan situasi ketika ini.
“Masih tiada perkembangan yang diperolehi. Khabar angin makin berterusan hingga
ke hari ini,” katanya.
Hingga jam 10.30 pagi tadi beliau juga gagal untuk menghubungi Zulkifli dan
ahli keluarganya bagi mengetahui kedudukan sebenar.
Usaha mStar Online untuk menjejaki Zulkifli juga masih gagal kerana telefon
bimbitnya tidak diaktifkan sejak dua hari lalu.
Kali
terakhir beliau muncul di khalayak ramai ialah pagi kelmarin di ibu
negara ketika menyertai perhimpunan membantah forum anjuran Majlis
Peguam.
Sementara itu semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar
menyifatkan berita itu sebagai khabar angin semata-mata.Beliau menafikan berita
yang tersiar dalam beberapa laman blog mengenai penahanan Zulkifli di bawah ISA.
"Mana
ada beliau ditahan? Ini semua khabar angin dan ini merupakan perbuatan
tidak bertanggungjawab oleh segelintir pihak yang sengaja buat
spekulasi.
"Polis akan siasat laman blog yang menyiarkan berita
berkenaan dan harap orang ramai tidak terpengaruh dengan khabar angin
sedemikian," katanya.
Blog berkenaan memberitahu Zulkifli dari
Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan di Kulim kira-kira jam 10 malam
kelmarin dan tiada maklumat lanjut mengenai ke mana beliau dibawa polis.
Dalam
perkembangan berkaitan, Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul
ketika dihubungi pada jam 12.30 tengah hari tadi turut menafikan khabar
angin yang mengatakan Zulkifli ditahan polis.
“Dia tak ditahan (polis). Khabarnya dia (Zulkifli) kini sedang bercuti
bersendirian tanpa keluarga.
“Saya tak tahu kemana dia menghilangkan diri. Tapi mungkin keluarganya tahu
kemana dia pergi,” katanya.
Johari
memberitahu beliau mendapat maklumat tersebut daripada keluarga
Zulkifli sendiri dan berharap agar media tidak ‘mengganggu’ mereka
sekeluarga.
Tambah Johari, keluarga Zulkifli tidak akan membuat
sebarang laporan polis mengenai misteri ‘kehilangannya’ kerana mereka
tahu kemana beliau ‘bercuti’.
Pada 29 September 1998,
Zulkifli, 46, pernah ditahan di bawah ISA selama 60 hari kerana
terlibat dalam gerakan reformasi bersama Penasihat PKR, Datuk Seri
Anwar Ibrahim
UmmiUmar " Hawa ... diciptakan daripada rusuk Adam, bukan dari kepalanya untuk
dijunjungi, dan bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalas, tetapi dari
sisinya, untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk
dilindungi, dan dekat dengan hatinya untuk dicintai "