JIKA berbicara mengenai buah goji, ia mungkin asing kepada sesetengah golongan
masyarakat di negara ini. Namun, buah tersebut sebenarnya telah digunakan
secara meluas oleh penduduk dunia terutama dari daerah Ningxia, China sejak
beribu-ribu tahun dahulu untuk tujuan kesihatan. Di Ningxia, lebih 90 peratus
populasi penduduknya beragama Islam dan mereka telah mengamalkan goji sebagai
makanan harian untuk kekal sihat dan menjalankan kehidupan yang aktif.
Goji atau nama saintifiknya Lycium barbarum (wolfberries) merupakan sejenis
tumbuhan herba yang berasal dari Banjaran Tibet dan Banjaran Himalaya. Secara
tradisionalnya, buah goji dipercayai mengandungi banyak khasiat untuk tubuh
badan manusia serta mampu membantu merawat pelbagai jenis penyakit.
Ini kerana ia dikatakan mempunyai bahan antioksida yang tinggi berbanding
buah-buahan atau sayur-sayuran lain seperti strawberi, oren, rasberi dan lobak.
Antioksida membantu mempertahankan integriti sel dengan melindungi mereka
daripada diserang oleh radikal bebas. Kebanyakan penyakit berkait dengan
penuaan adalah disebabkan kerosakan akibat radikal bebas. Oleh kerana
kualitinya yang lebih tinggi, beberapa kajian perubatan telah mengesyorkan
kegunaan Goji Ningxia sebagai pertahanan yang terbaik dalam melawan radikal
bebas. Seperti tumbuhan yang lain, Goji juga mempunyai pelbagai bilangan spesis
dan jenis. Daripada 80 spesis Goji yang berbeza di seluruh dunia, Lycium
barbarum dari Ningxia mengandungi paras rangsangan-imunisasi polisakarida yang
jauh lebih tinggi.
ketahui dengan lebih lanjut layari lamam web ini www.lelakiperkasa.com