YA ALLAH BERKATILAH ... AMIN !

Assalaamualaikum wrt.wbt. TERIMA KASIH kepada para sahabat semua kerana
memberi sokongan yang hebat terhadap kerja amal 'jariah kita', projek
membina sebuah masjid di bumi Bosnia. Masjid yang akan dinamakan AS
SAHABAH ini akan menjadi saksi di sisi Allah s.w.t bahawa 'ukhuwwah
islamiyyah' antara kita dengan umat islam dunia sama-sama kita
realisasikan. Yakinilah, derma atau sumbangan yang kita lakukan ini akan
membawa keberkatan dan pengampunan dari Allah s.w.t untuk kita semua.
Bahkan sama-sama kita hadiah dan sedekahkan juga pahala amalan ini untuk
kedua ibubapa, keluarga kita dan seluruh umat islam yang masih hidup
serta yang telah mati. TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM....AMIN!
WAN SHOHOR BANI BIN LEMAN
MAYBANK 5140 6605 4194
012-2299350
wansho...@gmail. com
<http://my.mc763.mail.yahoo.com/mc/[email protected]>

http://dermamasjid. weebly.com/ <http://dermamasjid.weebly.com/>





Alhamdulillah seperti mana yang telah dijanjikan oleh abang ipar saya
TUFEKCIC MUNIR selaku pemegang amanah utama dana projek bina masjid AS
SAHABAH di Orahovica, Kovacevici Bosnia, beliau telah menghantar 18
keping gambar sebagai bukti bermulanya kerja-kerja pembinaan ini.
Seperti mana beberapa kali yang pernah saya sebutkan di dalam siaran Az
Zikra KLFM, pembinaan tersebut telah melalui beberapa masa/musim dan
proses rasmi yang agak rumit ekoran peraturan perbandaran dan campur
tangan beberapa pihak yang tidak memahami kedudukan bantuan kewangan
yang sama-sama kita usahakan melalui "projek" dermamasjid bosnia ini.
Namun alhamdulillah dengan berakhirnya segala kekeliruan dan musim sejuk
(salji) seperti mana yang mampu dilihat saki bakinya yang masih
kedapatan di kawasan-kawasan tanah yang lebih tinggi, sedikit
sebanyaknya dapat menjadi bukti kepada para sahabat KLFM dan penderma
semua, bahawa apa yang telah saya sebutkan selama ini adalah benar
belaka.
MAKLUMlah saya Us Wan Shohor Bani Bin Leman memegang amanah wang ringgit
bernilai lebih 500 ribu, melalui akaun Maybank 5140 6605 4194. Sudah
tentu saya merasa amat tidak selesa walaupun tiada apa-apa tohmahan
terhadap saya selama ini, ALHAMDULILLAH.
Terimakasih! saya panjangkan ucapan dari bosnia untuk semua, dan
sama-sama kita doakan agar pembinaan ini berjaya dan diberkati Allah
swt.
Tidak lupa juga, saya maklumkan bahawa pada 02 Mac 2009 lepas saya telah
pindahkan wang sejumlah RM 354,750 bersamaan EURO 75000 kedalam akaun
TUFEKCIC MUNIR.
Baki dengan saya masih ada sekitar RM15000 (seratus lima puluh ribu) dan
saya menyeru para sahabat semua agar boleh terus menderma dan menambah
dana ini kerana beberapa sebab:
1-kenaikan harga barang dan krisis ekonomi dunia
2-kos meruntuhkan rumah imam (seperti mana di dalam gambar) dan
membinanya semula bersesuaian dengan lokasi masjid baru
3-pertambahan ruang masjid (bilik pengajian Al Quran/agama bagi
anak-anak kampung).

ALLAH BERKATI AMALAN KITA SEMUA

Kirim email ke