"…Maka mereka… tidak dapat menebuknya…"; al-Kahfi:97

Ayat menyatakan mereka tidak dapat "menebuk" tembok tersebut. Beribu-ribu tahun 
Allah swt memelihara tembok tersebut dan tiada yang mampu menebuk tembok 
kecuali apabila Allah swt mengizinkan Ya'juj & Ma'juj dilepaskan.

Sebaliknya dan di dalam satu hadis, Nabi bangkit dari tidur [dalam satu riwayat 
yang lain, Nabi masuk ke rumah Zainab binti Jahsyi], lalu berkata, "Celakalah 
Arab kerana kejahatan telah hampir. Ya'juj dan Ma'juj telah menembusi tembok 
seluas ini." Nabi mengisyaratkan lubang dengan menemukan ibu jari dan jari 
telunjuk.

Apakah maksud hadis apabila dibaca bersama ayat 97 surah al-Kahfi yang 
menyatakan Ya'juj & Ma'juj "tidak dapat menebuknya"? Ini membuktikan Allah swt 
telah melepaskan mereka kerana fakta tembok berlubang membuktikan mereka telah 
berjaya menebuk tembok. Tembok tidak akan berlubang jika tidak boleh ditebuk!

Tiada satu makhluk pun di seluruh alam ini mampu "menebuk" tembok kecuali 
dengan keizinan Allah swt, iaitu bermaksud jika Allah swt tidak mengizinkan 
Ya'juj dan Ma'juj dilepaskan. Oleh itu fakta tembok berlubang membuktikan 
Ya'juj & Ma'juj dilepaskan semasa zaman kehidupan Rasulullah saw di Madinah, 
iaitu selepas Allah swt menukarkan kiblah ke arah Kabbah.

Bersambung di: http://muslimvillage.wordpress.com/

Kirim email ke